السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Solat Khusufain ialah solat Dua Gerhana, yakni solat kerana Gerhana Bulan atau Gerhana Matahari.
Sempena fenomena Gerhana Bulan Penuh yang akan terjadi pada 10 Disember
2011 ini bermula 7.30 malam hingga 1.00 pagi. Elok sangatlah kita
belajar bagaimana melakukan solat Gerhana Bulan.
Ia
bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda
kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi
peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah
swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya
samada dari penghayatan iman dan sains.
Ia
bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah
berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang
dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
Dalilnya:
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya,
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Untuk Gerhana Bulan kita lakukan solat khusuf dan untuk Gerhana Matahari kita lakukan solat Kusuf. Kedua solat ini hukumnya sunat muakad.
Waktu melakukan solat Gerhana Bulan waktunya mulai dari terjadinya gerhana itu sampai terbit kembali, atau sampai bulan nampak penuh.
Waktu melakukan solat Gerhana Matahari iaitu timbul gerhana itu sampai matahari kembali sebagaimana biasanya atau samai terbenam.
Cara Mengerjakannya:
1. Solat dua rakaat sebagaimana solat biasa boleh dilakukan secara bersendirian, tetapi lebih utama dilakukan secara berjemaah.
2. Solat dua rakaat dengan 4 kali rukuk dan 4 kali sujud. Pada rakaat pertama
sesudah rukuk dan iktidal lagi, Bacalah surah Al-Fatihah lagi kemudian
terus rukuk sekali lagi dan iktidal lagi, kemudian terus sujud
sebagaimana biasa.
Pada rakaat kedua
juga dilakukan seperti pada rakaat pertama. Dengan demikian solat
gerhana itu semuanya ada 4 kali rukuk, 4 kali membaca Al-Fatihah dan 4
kali sujud.
Bacaan
Al-Fatihah dan surah dalam solat gerhana bulan boleh dinyaringkan,
sedang dalam gerhana matahari tidak boleh dinyaringkan. Pada tiap-tiap
rakkat disunatkan membaca surah panjang-panjang
Jika solat gerhana itu dikerjakan seperti solat biasa iaitu dua rakaat dengan dua rukuk maka sah solatnya.
1. Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
"Aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala"
2. Lafaz niatnya Solat Sunat Gerhana Matahari:
"Aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala"
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment