SOLAT ISTIKHARAH



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Solat dalam erti kata lain ialah sembahyang yang ditunaikan oleh umat Islam tanda mengingati dan kesyukuran kepada pencipta alam sekalian iaitu Allah s.w.t. Solat adalah suatu perkara yang perkara wajib ditunaikan dan perlu dilakukan sebanyak lima kali sehari oleh setiap umat islam di suluruh dunia. 

Solat dilakukan dengan perlu mengikut hukum-hukum islam yang telah disyaratkan. Sekiranya melanggar salah satu syarat sah , syarat wajib atau rukun dalam solat, oleh kerana itu menjadi penyebab bahawa solat yang dilakukan adalah tidak sempurna dan juga tidak sah. 

Sebelum melakukan solat, wajib mengambil wuduk iaitu air sembahyang bagi tujuan membersihkan di tempat-tempat tertentu. Setelah itu, berdiri tegak dan menghadap kiblat dengan tepat. Umat Islam yang menunaikan waktu solat perlu melepasi dalam syarat sah dan wajib solat, Sesudah itu, niat di dalam hati untuk bersolat dengan lafaz niat yang betul,sesudah itu, lakukan takbiratul ihram ( Allah akhbar yang pertama ), kepada yang sihat, perlulah berdiri bagi melakukan solat tetapi pada yang kurang upaya boleh solat dengan pelbagai cara yang terbaik asalkan tidak bertentangan dengan agama islam, seterusnya wajib membaca surah Al-Fatihah, selepas membaca surah Al-Fatihah, lakukan rukuk beserta tama'ninah( tenang, tertib dan tidak terburu-buru), sesudah itu iktidal beserta tama'ninah kemudian sujud dua kali beserta tama'ninah, seterusnya, sementetara waktu solat, lakukan duduk diantara dua sujud beserta tama'ninah,Tasyahhud akhir dengan bacaan Tasyahhud (baca dengan bacan yang betul), seterusnya lakukan duduk dalam keadaan Tasyahhud akhir, wajib selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam Tasyahhud akhir, dan pengakhiran solat ialah memberi salam dan tertib. Mengikut ajaran agama islam, sekiranya Jika tertinggal bacaan doa qunut ( dalam waktu solat subuh sahaja) atau Tasyahhud awal, perlu membuat sujud sahwi selepas memberi salam. 

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Di dalam ajaran agama Islam, umat Islam digalakkan untuk melakukan solat-solat sunat bagi mendapat pahala di dunia mahupun di akhirat, solat sunat kebiasaanya dilakukan dengan tujuan-tujuan tertentu yang diniatkan dan agar dimakburkan permintaan hatinya oleh yang maha pencipta alam iaitu Allah s.w.t. Diantara solat-solat sunat dalam ajaran agama islam ialah solat sunat istikharah, solat sunat ini dilakukan pada malam hari iaitu pada 2/3 malam terakhir. Solat sunat istikharah ialah solat sunat yang meminta petunjuk untuk membuat pilihan sekiranya mempunyai peluang untuk memilih dan merasa sukar dan ragu-ragu untuk memilih antara salah satunya daripada daripada pilihan itu. Oleh yang sedemikian, perlulah meminta petunjuk agar digerakkan hati untuk memilih yang terbaik daripada kalangan yanag terbaik contohnya sukar memilih pasangan hidup.
PANDUAN SOLAT ISTIKHARAH
Lafaz niat:


"Usholli sunnatal istikhaarati rok'ataini lil laahi ta'aalaa"
Ertinya:

"Sahaja aku solat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala" 

Dibuat sebanyak 2 rakaat, rakaat pertama selepas baca surah Al-Fatihah, baca surah Al-Kafirun sekali. Rakaat kedua selepas baca surah Al-Fatihah, baca surah Al-Ikhlas sekali.

Selepas salam baca doa berikut:

Doa Solat Istikharah   



Ertinya:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan....) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Nabi SAW bersabda:

Ertinya:

"Tidak rugi orang yang beristikharoh dan tidak menyesal orang yang bermusyawarah." (H.R. Jabir bin Abdullah)

Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.

Allah SWT telah berfirman:



"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".

Wasallam
Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment