السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dapat lagi kita menjalani kehidupan pada hari ini dan seterusnya dengan nikmat-nikmat yang tidak terkira dan tidak terhingga diatas nikmat kesihatan yang dikurniaNya.
Selawat syifa
adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai
fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan
dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.
Walaupun
pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya
berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut
Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya
diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu
ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah
SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.
Segala
ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai
hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas
kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa' juga boleh dijadikan
salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.
SELAWAT SYIFA'
WALLAHU'ALAM.
0 comments:
Post a Comment