السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kesini akhirnya tempat kita yang kekal abadi.
Kesini akhirnya tempat kita yang kekal abadi.
Rasulullah SAW bersabda,
“Kematian adalah hadiah yang sangat berharga bagi orang yang beriman.” Ini beliau katakan kerana “dunia adalah penjara bagi orang yang beriman,” yang dia terus-menerus berada dalam situasi dan keadaan sulit yang akan menyiksa jiwanya, dan juga kerana perjuangannya maupun penolakanya terhadap hawa nafsunya sendiri. Baginya, kematian adalah keterbebasan dari siksaan ini dan hal ini menjadi “hadiah yang tak ternilai”.
Kepada pembaca yang budiman,
Adakah
semasa arwah hidup dahulu, pernahkah anda mengembirakan hatinya dengan
memberi hadiah walaupun sekali? Sebagai anak yang baik tentu akan
memberinya hadiah setiap kali dapat gaji atau menghulur wang ringgit
sebagai mengenangkan jasanya membesarkan anda sehingga hari ini.
Jangan
lupa selepas arwah tiada lagi, hadiah yang sebaik-baiknya adalah
doa-doa anak-anak serta menghadiahkan bacaaan surah-surah serta
mengadakan tahlil baginya. Anak yang soleh setiap kali solat akan
sentiasa mendoakan kepada ibubapanya. Anak-anak yang tidak berdoa kepada
arwah setiap kali selepas solat adalah anak yang derhaka.
N3
kali ini captain nak terangkan bagaimana untuk mengerjakan "Sembahyang
Hadiah" untuk arwah ibu atau bapa yang baru dikebumikan. Memang hebat
siksaan yang akan dialami oleh arwah yang baru dikebumikan. Maka
dianjurkan keluarga simati itu untuk Sembahyang Hadiah.
Dengan
Sembahyang Hadiah itu, kemungkinan siksaan yang akan dialami oleh arwah
itu akan terelak. Semuga Allah SWT dengan sifatnya yang Rahman dan
Rahim itu akan memberi kebaikan dan kebahagiaan yang abadi.
Berdasarkan riwayat, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Maksudnya:
"Pada malam pertama mayat dikebumikan, keadaan mayat itu berada didalam keluh kesah. oleh kerana itu, kasihanilah kamu untuk mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah sembahyanglah 2 rakaat, baclah padanya pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu ayat kursi, satu kali al-Takathur dan 10 kali surah al-Ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam."
Sembahyang
Hadiah dilakukan di waktu malam hari sesudah Sembahyang Mahgrib atau
Isyak dimana siangnya arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam.
Cara Sembahyang Hadiah.
1. Lafaz niat.
Ertinya:
“Sahaja aku sembahyang hadiah dua rakaat sunat kerana Allah Taala”
2. Pada rakaat Pertama dan kedua baca surah berikut:-
- Al-Fatihah - 1x.
- Ayat Kursi - 1x.
- Surah At Takatsur - 1x.
- Surah Al-Ikhlas - 10x.
3. Sesudah memberi salam, maka eloklah dibacakan doa yang tersebut:
Ertinya:
"Ya
Allah!, Sesungguhnya aku sembahyangkan sembahyang ini, dan Engkau Maha
Mengetahui apa yang aku maksudkan, Ya Allah! aku memohonkan kepadaMu,
kiranya Engkau sampaikan pahalanya kepada kuburan si Fulan bin si
Fulan". (Nama Arwah)
Begitulah caranya untuk melakukan sembahyang hadiah.
Sekian Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment