SOLAT SUNAT MEMUDAHKAN ROH KELUAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sakaratul maut adalah peristiwa sakitnya kematian. Penderitaan yang paling akhir bagi seorang yang hidup. Sebelum nyawa manusia dicabut, terlebih dahulu ia akan mengalami pedihnya sakaratul maut. Itulah proses kematian anak Adam, yaitu ketika terjadi perpisahan antara raga dan nyawa. Setiap anggota tubuhnya akan saling mengucapkan selamat berpisah kepada satu sama lain. Proses itu sungguh menyakitkan dan suatu peristiwa yang sangat dahsyat.

Allah Swt berfirman, 

“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat pada saat orang-orang zhalim berada dalam tekanan sakaratul maut” ( Al-an’am 93 )

Rasulullah SAW bersabda: 

“Sesungguhnya semua manusia pasti mengalami sakaratul maut. Dan sesungguhnya sendi-sendi tulangnya, masing-masing mengucapkan salam perpisahan kepada yang lain seraya berkata, “Semoga kamu sejahtera. Kamu berpisah dariku, dan aku pun berpisah darimu sampai hari kiamat.”( dikeluarkan oleh Said bin Mansur ).

Sesungguhnya sakaratul maut adalah perkara yang sangat menyakitkan. Lebih sakit daripada dipenggal dengan pedang, atau digergaji dengan gergaji atau digunting dengan gunting. Subahanallah, walhamdulillah wa lailahaillallah wawllahuakbar walahaula walaquwata illabillahil ngaliyil ngadzim.

Cara melaksanakan solat:

Dilaksanakan solat ini selepas Fardu Maghrib pada malam jumaat, disunatkan mendirikan solat sunat dua rakaat meminta Allah SWT agar dipermudahkan roh keluar sewaktu sakaratul maut. 

1. Lafaz Niat:


Usalli sunnata tashi lilmauti rak'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya: 

"Sahaja aku solat memudahkan roh keluar dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Bacaan Dalam Solat

1. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu surah Az Zilzal 1x.

2. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu surah yang sama sebanyak 15 kali.


Selepas selesai solat bacalah doa ini.


Ertinya:

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, tiada Tuhan melainkan Allah, raja yang hak yang nyata, Muhammad adalah pesuruh Allah yang benar dan dipercayai. Wahai Allah! Wahai Yang Kekal kelebihanNya keatas umat manusia, wahai yang kedua tanganNya sentiasa terbuka dengan kurniaan, wahai orang yang pemurah dengan pemberian, rahmatilah penghulu kami Muhammad sebaik-baik manusia, ampunilah kami, wahai Tuhan Yang Maha Tinggi di dalam kehidupan ini".

Wasallam.
Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment