السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Diantara "Doa Penerang Hati" dari
surah-surah Al-Quran yang boleh diamalkan. InsyaAllah kepada mereka
yang mengamalkan akan mendapat taufiq dan hidayat. Dibuka pintu hati
supaya senang menerima ilmu. Menguatkan lagi ingatan dan keyakinan diri
dalam menghadapi ujian/peperiksaan samada diperingkat sekolah rendah,
menengah dan universiti.
Bagi ibubapa yang anak mereka akan mengambil SPM 2012 pada 05 November minggu hadapan boleh klik link-link berikut:
ii. DOA DAN AMALAN UNTUK IBUBAPA BAGI ANAK-ANAK MEREKA YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN.
iii. DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN
iii. DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Surah Al-Baqarah (Ayat 1-5)
Alif-lam-meem (1) Thalika alkitabu larayba feehi hudan lilmuttaqeen (2) Allatheena yu/minoona bilghaybiwayuqeemoona assalata wamimma razaqnahumyunfiqoon (3) Wallatheena yu/minoona bimaonzila ilayka wama onzila min qablika wabil-akhiratihum yooqinoon (4) Ola-ika AAala hudan minrabbihim waola-ika humu almuflihoon (5)
Maksudnya:
1. Alif,
Laam, Miim. 2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi
petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; 3. Iaitu orang-orang
yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan
(mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian
dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. 4. Dan juga orang-orang
yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai
Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta
mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). 5. Mereka
itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah
orang-orang yang berjaya.
2. Surah Ali Imran (Ayat 169 -171)
Wala tahsabanna allatheenaqutiloo fee sabeeli Allahi amwatan bal ahyaonAAinda rabbihim yurzaqoon (169) Fariheena
bima atahumuAllahu min fadlihi wayastabshiroona billatheenalam yalhaqoo
bihim min khalfihim alla khawfunAAalayhim wala hum yahzanoon (170) Yastabshiroona biniAAmatin mina Allahiwafadlin waanna Allaha la yudeeAAuajra almu/mineen (171)
Maksudnya:
Maksudnya:
169.
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang
gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan
mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan
mendapat rezeki. 170. (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan
Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan
mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya)
orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di
belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu)
bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik)
terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. 171. Mereka
bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan
(ingatlah), bahawa Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang
yang beriman.
3. Surah Hud (Ayat 1-4)
Alif-lam-ra kitabun ohkimatayatuhu thumma fussilat min ladun hakeeminkhabeer (1) Alla taAAbudoo illa Allahainnanee lakum minhu natheerun wabasheer (2) Waani istaghfiroo rabbakum thumma toobooilayhi yumattiAAkum mataAAan hasanan ilaajalin musamman wayu/ti kulla thee fadlin fadlahuwa-in tawallaw fa-inee akhafu AAalaykum AAathabayawmin kabeer (3) Ila Allahi marjiAAukum wahuwaAAala kulli shay-in qadeer
Maksudnya:
1. Alif,
Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan
tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu.
(Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana,
lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. 2. (Al-Quran yang demikian sifatnya
diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun
melainkan Allah. (Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya aku diutus
oleh Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang-orang yang
ingkar) dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman).
3. Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan
syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya
Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke
suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada
tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang
soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling
(membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu
akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). 4. Kepada Allah
jualah kembalinya kamu dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
4. Surah Al-Anbiya' (Ayat 79)
Fafahhamnaha sulaymanawakullan atayna hukman waAAilman wasakhkharnamaAAa dawooda aljibala yusabbihna wattayrawakunna faAAileen
Maksudnya:
Maksudnya:
Maka
Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah
itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat
kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan
unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami
berkuasa melakukan semuanya itu.
5. Surah Al-Qasas (Ayat 51-55)
Walaqad wassalna lahumualqawla laAAallahum yatathakkaroon (51) Allatheena ataynahumualkitaba min qablihi hum bihi yu/minoon (52) Wa-itha yutla AAalayhim qalooamanna bihi innahu alhaqqu min rabbinainna kunna min qablihi muslimeen (53) Ola-ika yu/tawna ajrahum marrataynibima sabaroo wayadraoona bilhasanatiassayyi-ata wamimma razaqnahum yunfiqoon (54) Wa-itha samiAAoo allaghwa aAAradooAAanhu waqaloo lana aAAmaluna walakumaAAmalukum salamun AAalaykum la nabtagheealjahileen (55)
Maksudnya:
Maksudnya:
51. Dan
demi sesungguhnya Kami telah hubungkan turunnya firman-firman Kami
(Al-Quran) dengan berturut-turut kepada mereka, supaya mereka beroleh
peringatan (lalu beriman). 52. Orang-orang yang Kami beri Kitab sebelum
turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya. 53. Dan apabila Al-Quran
itu dibacakan kepada mereka; mereka, berkata: Kami beriman kepadanya,
sesungguhnya ia adalah perkara yang betul benar dari Tuhan kami;
sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya.
54. Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka
dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan dan mereka
menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. 55.Dan apabila
mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya
sambil berkata: Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu;
selamat tinggallah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang
yang jahil.
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment