السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kepada pengembara Muslim yang selalu ke luar kawasan untuk bertugas.
CARA-CARA MELAKSANAKAN SEMBAHYANG JAMAK
Cara melaksanakan sembahyang jamak itu terbahagi kepada dua bahagia iaitu 'jamak taqdim' dan 'jamak takhir'.
Jamak
taqdim bermaksud menghimpuan sembahyang asar ke dalam waktu zuhur serat
sembahyang isya ke dalam waktu maghrib,manakala jamak takhir pula
bermaksud sembahyang yang terdahulu kedalam waktu yang terkemudian iaitu
menghimpunkan sembahyang zuhur ke dalam waktu asar,menghimpunkan
sembahyang maghrib ke dalam waktu sembahyang isya.
SEBAB-SEBAB YANG MEMBOLEHKAN SEMBAHYANG JAMAK.
1. Berada di Arafah dan di Muzdalifah.
Para
Ulamak sependapat bahawa menjamak sembahyang zuhur dengan sembahyang
asar secara jamak taqdim di arafah dan menjamak sembahyang maghrib
dengan sembahyang isya' di Muzdalifah adalah hukumnya sunat.
2. Musafir.
Menurut
pendapat Imam syafie dan sebahagian Ulamak,menjamak sembahyang kerana
musafir adalah hukumnya harus samada sembahyang itu dilakukan sedang
berhenti mahupun sedang dalam perjalanan.
3. Hujan lebat.
Para
Ulamak Syafieyah membolehkan seseorang yang bermukim menghimpunkan
antara sembahyang zuhur dengan sembahyang asar,sembahyang maghrib dengan
isya' secara taqdim apabila hujan lebat ketika mengangkat takbiratul
ihram dalam sembahyang yang pertama sehingga selesai, sementara itu
masih berterusan hujan ketika ingin memulakan sembahyang yang kedua.
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa ' sesunggunhya Nabi saw menghimpunkan
antara sembahyang maghrib dan isya pada waktu malam kerana hujan
lebat.'
4. Sakit atau uzur.
Imam
Ahmad qadhi Hussain Al-Khattabi dan Al-Mutawwali dari kalangan
Syafieyah membolehkan seseorang muslim menghimpunkan solat baik secara
taqdim mahupun secara takhir. Mereka mengkiaskan bahawa kesukaran kerana
sakit lebih besar daripada kesukaran kerana hujan.Dalam kitab Al-Mughni
dinyatakan bahawa sakit yang membolehkan seseorang menghimpunkan
sembahyangnya ialah apabila sembahyang itu dikerjakan pada waktunya,
akan menyebabkan kesukaran dan lemah badan samada seseorang ditimpa
sakit teruk seperti sakit kepala, sakit perut ataupun cirit-birit
sehingga penyakit yang ddialaminya itu menghalangnya menunaikan
sembahyang pada waktunya, maka ketika itu diharuskan menghimpunkan
sembahyangnya.
5. Ada keperluan.
Dalam kitab 'syarah muslim' Imam An-Nawawi sebagai berikut: 'Beberapa Imam membolehkan menghimpun sembahyang bagi orang yang tidak musafir, apabila ada keperluan, asalkan hal itudijadikannya suatu kebiasaan'.
Dalam kitab 'syarah muslim' Imam An-Nawawi sebagai berikut: 'Beberapa Imam membolehkan menghimpun sembahyang bagi orang yang tidak musafir, apabila ada keperluan, asalkan hal itudijadikannya suatu kebiasaan'.
Imam
Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang berbunyi:
'Sesungguhnya Nabi SAW sembahyang di Madinah sebanyak lapan rekaat,
iaitu masing-maisng menghimpunkan sembahyang zuhur dengan asar serta
maghrib dengan isya.
SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG JAMAK
1. Syarat-syarat jamak taqdim.
(1)
Berniat untuk sembahyang jamak dalam sembahyang yang pertama ( bermula
dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah sembahyang,selagi sebelum
memberi salam )
Lafaz niatnya seperti berikut :
(a) Lafaz niat sembahyang zuhur.
"Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rekaat dihimpunkan asar kepadanya tunai kerana Allah Taala. "
(b) Lafaz niat sembahyang maghrib.
"Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rekaat dihimpunkan Isyak kepadanya tunai kerana Allah Taala."
(c) Lafaz niat sembahyang fardhu isya.
"Sahaja aku sembahyang fardhu isya’ empat rekaat dihimpunkan maghrib padanya Tunai kerana Allah Taala."
(2) Tertib.
Didahulukan sembahyang yang pertama,kemudian baru ditunaik yang kedua.
(3) Mualat.
Mualat iaitu berturut-turut antara dua sembahyang yang dikumpulkan.Jangan diselangi dengan masa yang panjang.Peringatan :-
- Selang masa yang dibenarkan ialah tidak melebihi masa kadar dua rakaat sembahyang sunat yang ringkas.
-Setelah
mengerjakan solat yang pertama hendaklah kita segera melakukan solat
yang kedua tanpa dibatasi oleh suatu perbuatan mahupun sekadar membaca
tasbih kecuali untuk mengambil wudhuk sekiranya wudhuk batal.
(4) Masih
berkekalan dalam musafir sehingga takbiratul ihram sembahyang yang
kedua ( tidakdisyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu )
SYARAT-SYARAT JAMAK TAKHIR.
(1)
Niat hendak takhirkan sembahyang fardhu zuhur ke waktu asar atau
takhirkan sembahyang fardhu maghrib ke waktu isyak iaitu bermulanya
masuk waktu sembahyang yang pertama hinggalah berakhirnya waktu ( dengan
kata lain niat untuk takhirkan fardhu ke dalam waktu asar hendaklah
diniatkan dalam waktu zuhur).
(2)
Sekiranya jamak itu dilakukan semasa musafir,maka hendaklah perjalanan
itu berkekalan sehingga selesai melakukan solat yang kedua. Dalam
sembahyang jamak takhir ini tidak disyaratkan tertib, kerana Rasulullah
SAW pernah menghimpunkan sembahyang zuhur ke dalam waktu asar ( jamak
takhir ) dan beliau menunaikan sembahyang asar terlebih dahulu.
Lafaz niat jamak takhir seperti berikut:
(a) Lafaz niat sembahyang fardhu zuhur.
"Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rekaat dihimpunkan asar kepadanya tunai kerana Allah Taala."
(b) Lafaz niat sembahyang fardhu asar.
"Sahaja aku sembahyang fardu asar empat rekaat dihimpunkan zuhur kepadanya tunai kerana Allah Tala."
(c) Lafaz niat sembahyang fardhu maghrib.
"Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rekaat dihimpunkan isyak kepadanya tunai kerana Allah Taala.”
(d) Lafaz niat sembahyang fardhu isya.
"Sahaja aku sembahyang fardhu isya empat rekaat dihimpunkan maghrib padanya tunai kerana Allah Taala".
SEMBAHYANG QASAR SERTA JAMAK.
Bagi
orang yang sedang bermusafir, selain daripada dibolehkan menjamak dan
mengqasarkan, bolehjuga menunaikan sembahyang jamak dan qasar
sekaligus. Perbezaannya ialah apabila seseorang mengqasarkan
sembahyangnya sahaja maka dia mestimenunaikan pada waktunya tetapi
apabila seseorang itu menunaikan sembahyang secara jamak dan qasar
sekaligus, maka sembahyang tersebut boleh dihimpunkan dan dipendekkan
rekaatnya, yakin masing-masing sembahyang dijadikan dua rekaat.
Keterangan kedudukan sembahyang yang lima waktu berkenaan dengan jamak
dan qasar ini :
1)Sembahyang yang boleh dijamakkan ialah sembahyang zuhur,asar,maghrib dan isya.
2)Sembahyang yang boleh diqasarkan ialah sembahyang yang empat rekaat sahaja iaitu fardhuzuhur, asar dan isya.
3)Sembahyang yang boleh dijamak dan di qasarkan sekaligus ialah fardhu zuhur, asar dan isya.
4)Sembahyang yang boleh dijamakkan sahaja ialah sembahyang fardhu maghrib.
5)Sembahyang yang tidak boleh dijamak mahupun diqasarkan ialah fardhu subuh.
CONTOH LAFAZ NIAT QASAR DAN JAMAK.
1) Jamak taqdim.
a) Lafaz niat fardhu asar.
"Sahaja aku sembahyang fardhu asar dua rekaat qasar,dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala.”
b) Lafaz niat sembahyang fardhu isya.
"sahaja aku sembahyang fardhu isya dua rekaat qasar,dihimpunkan maghrib kepadanya tunai kerana Allah Taala."
TEMPOH YANG DIHARUSKAN QASAR ATAU JAMAK KETIKA BERMUSAFIR.
1)
Boleh sembahyang jamak dan qasar disatu tempat ( dalam musafir ) selama
empat hari tidaktermasuk hari masuk dan hari keluar daripada tempat
itu.
2)Jika
kita niat hendak berhenti semata-mata disatu tempat ( dalam musafir )
selama empat hari atau lebih, maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai
ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar.
Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh selesai
dalam masa empat hari,maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti
itu kerana hajat yang boleh selesai dalam masa empat hari ( atau hendak
berhenti kurang dari empat hari ) maka boleh qasar dan jamak selama
empat hari itu.
3)Jika
kita niat hendak berhenti terus disuatu tempat, maka berakhirlah
musafir apabila sampai ke tempat tersebut.Kita tidak boleh lagi
sembahyang jamak dam qasar kerana kita telah niat bermukim disitu.
4)Jika kita berhenti disuatu tempat dalam
musafir kerana ada urusan yang dijangka selesai dua atau tiga hari
tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari,maka kita
boleh terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari.
5)Jika
kita bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada
tempat yang tertentu yang dituju,kita tidak boleh sembahyang jamak dan
qasar.
6)Jika
kita sedang sembahyang qasar dan jamak dalam kenderaan,tiba-tiba sampai
ke tempat yang dituju yang tidak boleh jamak dan qasar atau sampai ke
tempat asal ( tempat menetap ) kita wajib sudahkan sembahyang fadhu itu
secara tamam ( empat rekaat ).
7)Jika
bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai
sembahyang jamak dan qasar,maka kita wajib sembahyang tamam ( sempurna )
sepanjang musafir.
8)Jika
kita keluar dari rumah sebelum fajar hari jumaat,kita diharuskan
mengerjakan sembahyang jumaat.Tetapi jika keluar selepas fajar hari
jumaat,kita wajib mengerjakan sembahyang jumaat di mana tempat kita
mendengar azan semasa kita bermusafir.
Sekian Wasallam.
0 comments:
Post a Comment