Jika
suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan
seperti menggunakan minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak
yang dimentarakan dengan menggunakan sihir.
Jika
mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih
sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu
pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan
sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa
besar. Tak bau syurga bila mati.
Banyak
ilmu-ilmu pengasih diantara ilmu pengasih yang terbaik ialah Doa
Pengasih Nabi Yusuf. Untuk mengetahuan Doa Pengasih ini amat kuat
sekali jika di amalkan selalu selain ianya boleh membuat
individu-individu yang berdepan dengan orang yang selalu mengamal doa
ini akan rasa kasihan dan amat sayang kepada orang tersebut.
Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.
Ith qala yoosufu li-abeehi yaabati innee raaytu ahada AAashara kawkaban washshamsawalqamara raaytuhum lee sajideen
Maksudnya:
Maksudnya:
"(Ingatlah
peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku!
Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan;
aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
Subhana allathee khalaqaal-azwaja kullaha mimma tunbitu al-arduwamin anfusihim wamimma la yaAAlamoon
Maksudnya:
Maksudnya:
"Maha
Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan;
sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka,
ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya".
Cara-caranya:
Setiap
kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua
ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu
membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan
hanya membaca di dalam hati. Dihembuskan perlahan kearah mukanya.
Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap
kali lepas solat sebanyak 3 kali. Atau bacakan pada tapak tangan dan disapukan pada muka sebanyak 3 kali.
Wasallam
0 comments:
Post a Comment