السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ular
adalah binatang yang sangat ditakuti oleh manusia dari dahulu lagi.
Sejak Nabi Adam AS lagi, Iblis telah menyamar menyerupai ular untuk
masuk ke dalam syurga untuk menggoda Nabi Adam AS dan Hawa supaya
melanggar perintah Allah SWT iaitu memakan buah khuldi. Dipendekkan
cerita, Nabi Adam AS dan Hawa dihukum Allah SWT untuk turun ke dunia
kerana mengingkari arahanNya.
Penulis
telah mengamalkan doa menjaga diri dari gangguan ular dan binatang bisa
sejak dari dahulu lagi semasa dalam perkhidmatan tentera. Setiap kali
latihan atau operasi, sebelum melangkah keluar kem inilah diantara
ayat-ayat yang dibaca terlebih dahulu. InsyaAllah dilindungNya sehingga
kini.
Salaamun 'alaa Nuuhin fil' aalamiin innaka haamidum majid
Maksudnya : Selamat sejahtera kepada Nabi Nuh di alam semesta
CARANYA:
Hendaklah
dibacakan sebanyak 3 kali sebelum melangkah keluar dari rumah atau ke
dalam kawasan yang semak seperi kebun getah/ladang kelapa sawit yang
banyak ular jenis ular tedung. Negeri disebelah utara seperti Kedah
terutama Sg Petani/Gurun dan kawasan disana memang banyak ular kapak
yang selalu memasuki rumah orang. Untuk yang selalu masuk ke hutan
seperti anggota tentera. Baca dahulu doa ini di pinggir hutan sebelum
masuk hutan. InsyaAllah dipelihara dari segala binatang bisa seperti
ular, kala jengking, lipan dll.
DOA RAWATAN JIKA TERKENA PATUKAN ULAR ATAU BINATANG BISA
TERJEMAHAN:
1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
2. Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui setiap sesuatu.
1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
2. Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui setiap sesuatu.
3.
Dengan nama Allah yang maha pencipta lagi maha mengetahui, yang tidak
ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha menguasai lagi maha mengetahui.
4. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana.
5. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha berkuasa.
6.
Dengan nama Allah yang maha perkasa lagi maha mulia, yang tidak ada
sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha perkasa lagi maha mulia.
7.
Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani, yang tidak
ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha pengampun lagi maha
mengasihani.
CARA-CARA RAWATAN
Sekiranya
mangsa yang terkena patukan ular berada jauh dari hospital yang
mengambil masa yang lama untuk sampai bagi menerima rawatan terutama
yang berada di kawasan pendalaman seperti Sabah atau Sarawak elok
ikhtiarkan cara ini. InsyaAllah dapat menyelamatkan si mangsa tersebut.
1. Air sebotol.
2. Kain atau tuala.
3. Selawat Nabi 3x.
3. Baca Al-Fatihah 1x.
4. Baca Bismillah Tujuh 1x.
Setelah
doa dibaca, ditiupkan kepada air dalam botol dan pada tempat luka kena
patuk ular. Air diberi minum kepada mangsa sebanyak yang boleh dan
menyapu air doa pada tempat luka terbut. Basahkan kain atau tuala dengan
air yang didoakan dan diikat pada tempat luka kena patuk ular tersebut.
InsyaAllah. Allah SWT adalah sebaik-baik Pemelihara, dan dia Maha
Mengasihani dari segala-galanya.
Wasallam.
0 comments:
Post a Comment