السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
N3 kali ini tentang rawatan penyakit gatal kulit, gegata atau lapar garam.
Sebelum itu kita kenal dahulu punca gatal itu yang menyebabkan alahan
kepada makanan yang menyebabkan alahan seperti selalu suka makan sambal
belacan, udang, sotong dan lain-lain makanan yang boleh akibatkan gatal.
Jika ditukarkan cara permakanan seharian kita dengan meninggalkan
makanan yang disebutkan tadi, insyaAllah penyakit gatal itu akan hilang
sendiri.
Tetapi
alahan bukan kepada makanan sahaja. Banyak faktor-faktor lain yang
boleh menyebabkan badan rasa gatal. Kali ini captain membuat N3 tentang
dua perkara yang menyebabkan penyakit kulit iaitu:
1. Gegata/lapar garam.
2. Penyakit kulit Gatal.
Captain
bukanlah seorang doktor, jadi maklumat tentang gatal yang selalu
berlaku kepada kita diambil dari beberapa sumber perubatan.
(1) GEGATA/LAPAR GARAM
GEGATA DI BAHAGIAN BAHU
GEGATA DI BAHAGIAN PAHA
Punca
utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia
disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan
kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan
tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan
kegatalan.
Simptom-simptom
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.
Punca-punca atau penyebab.
1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4) Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari
Rawatan
1)
Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan,
jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada
emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.
2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.
Sumber: Dr Hassan
(2) PENYAKIT GATAL KULIT
KUTU KECIL SARCOPTES SCABIEI
Gatalnya! Lebih-lebih lagi waktu malam. Sampai tak dapat nak tidur. Kawan aku kat katil sebelah pun sama. Apa penyakit ni?
Mungkin anda pernah ataupun sedang mengalami masalah ini. Masalah diatas disebabkan oleh penyakit Scabies.
Ia
disebabkan oleh sejenis kutu kecil iaitu Sarcoptes scabiei. Ia boleh
berjangkit diantara manusia melalui sentuhan, berkongsi pakaian, cadar,
tuala, dsb.
Kutu
ini boleh dipindahkan diantara manusia dan manusia dan juga manusia dan
haiwan seperti anjing, kucing, babi, monyet, musang dsb.
Simptom-simptom
1) Gatal terutamanya pada waktu malam.
2) Mempunyai rakan sebilik, asrama, ahli keluarga dirumah yang mengalami simptom yang sama.
3)
Ruam dibahagian badan yang tertentu iaitu celah-celah jari tangan dan
kaki, permukaan atas kaki, ketiak, pelipat lengan, siku, pinggang,
punggung, dan kemaluan (lelaki di bahagian penis dan skrotum, perempuan
di mons pubis)
4)
Apabila ruam ini digaru dengan kuat, kemungkinan akan menyebabkan luka
seterusnya memudahkan jangkitan bakteria di tempat ruam tersebut.
Rawatan
1) Ubat tahan gatal (antipruritic agent).
2) Ubat pembunuh kutu ( scabicidal agent ).
3) Semua ahli keluarga atau ahli asrama yang mengalami masalah yang sama perlu mendapatkan rawatan.
4) Baju, cadar, kain, sarung bantal, karpet perlulah direndam dengan air panas bagi membunuh kutu tersebut.
Seperti biasa, silalah berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan.
sumber maklumat: Dr Hassan
RAWATAN ALTERNATIF MENGGUNAKAN SURAH-SURAH DARI AL-QURAN SELAIN DARIPADA RAWATAN MODEN.
Apabila
rawatan diatas masih tidak berkesan dan gatal kulit berulang juga,
insyaAllah Al-quran adalah penawar yang paling baik. Nabi Ayub AS yang
diujikan dengan penyakit kulit yang teruk dan dasyat iaitu dari hujung
kepala sehinggalah kehujung kaki adalah Nabi yang paling sabar. Nabi
Ayub A.S menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan
kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya.
Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)
Yang
di maksud al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub adalah
seseorang yang selalu kembali kepada Allah s.w.t dengan zikir, syukur,
dan sabar. Kesabarannya menyebabkan beliau memperoleh keselamatan dan
rahsia pujian Allah s.w.t padanya.
Al-Quran
tidak menyebutkan bentuk dari penyakitnya, dan banyak cerita-cerita
dongeng yang mengemukakan tentang penyakitnya. Dikatakan bahawa beliau
terkena penyakit kulit yang dahsyat sehingga manusia-manusia enggan
untuk mendekatinya. Baca kisah Nabi Ayub A.S.
Bahan-bahan untuk rawatan:
1. Daun bidara atau daun sireh - 7 helai. (Jika ada daun bidara lagi baik).
2. Garam segenggam oleh pesakit (Genggam garam sehingga rapat jari itu adalah sukatan bagi seseorang.
3. Air suam sebaldi besar (standard).
Surah-Surah yang dibaca:
1. Shalawat Nabi -10 kali.
2. Al-Fatihah -7x.
3. Ayatul Kursi -7x.
4. Surah Shaad: Ayat 42 (Bacaan 7x - utk 7 helai daun bidara atau sireh) semasa diramas di dalam air suam.
5. Surah Al-Anbiyaa: Ayat 83. (Zikir 100x setiap kali selepas solat).
DOA DIBACA SEMASA MERAMASKAN DAUN (SIREH ATAU BIDARA).
Maksudnya:
(Maka
Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya):
Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka
terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk
untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan
batin).(Surah Shaad: Ayat 42)
DOA INI DIZIKIRKAN SELEPAS SETIAP KALI SOLAT (100x).
Maksudnya:
Dan
(sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada
Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang
Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang
mengasihani. (Surah Al- Anbiyaa: Ayat 83)
Minum
air dan mandi dan gosok seluruh badan dengan air bacaan yang telah
dicampur dengan garam dan ramasan daun bidara atau sireh itu. Lakukan
disebelah waktu petang. Selepas 30 minit kemudian barulah mandi dengan
air biasa. Sekurang-kurangnya lakukan sehingga rasa badan itu kurang
gatal. Terpulanglah kepada individu itu untuk melakukan sehingga
benar-benar sembuh. Setiap penyakit ada ubatnya, insyaAllah ikhtiar
secara ini telah banyak memulihkan beberapa individu sebelum ini.
Isteri captain dahulu diwaktu pagi selalu naik gegata selepas mandi sehingga bengkak dan gatal seluruh badan. Captain hanya sapu dengan daun sireh diseluruh badannya dengan membaca shalawat nabi 3x. Selepas tiga hari dilakukan, gegata itu hilang terus sampai sekarang.
Shalawat
Nabi yang memang menjadi amalan captain sebelum melakukan sesuatu
perkara seperti membasuh daging, ikan, membasuh beras sehingga pintu
yang rosak tidak dapat dibuka kerana "knob" rosak. Baca shalawat sekali
tendang pintu itu terus terbuka tanpa merosakkan pintu.
Wasallam.