السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kali ini doa-doa untuk rawatan ini atas permintaan seorang hamba Allah SWT yang prihatin kepada jiranya seorang warga emas.
Assalam
Capt minta jasa baik Capt untuk doa atau ubat bagi sakit bengkak perut
hingga kaki.ada jiran warga emas yg idap sakit ni, dah pergi ke Ampang
Putri bnyk x dan tukar ubat bnyk x tapi tak baik jg malah makin
bengkak...tq
Masalah
kegagalan jantung yang mengepam darah ke dalam tubuh meyebabkan air
yang banyak terkumpul di dalam badan. Akibatnya, perut atau kaki menjadi
bengkak. Buah pinggang tidak berfungsi dengan baik menapis bahan
cernaan boleh mengakibatkan bengkak dibahagian kaki dan buku lali.
Kegagalan buah pinggang juga mengakibatkan air berkumpul di bahagian
peritoneum dan bengkak pada kaki atau perut. Kesannya pada seluruh badan
kelihatan kekuningan, hilang selera makan, gatal seluruh badan, sukar
bernafas serta pengeluaran air kencing sedikit.
Cara-caranya:
Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
Surah-surah yang dibaca:
1. Surah Asy-Syu'araa': Ayat 95-118.
2. Surah Ar-Ra'd: Ayat 30-34,
3. Surah Al-Buruj: Ayat 1-22.
Sediakan
botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca
surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit
dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dan sapu air pada
bahagian yang membengkak setiap pagi dan sebelum tidur. InsyaAllah
kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.
1.SURAH ASY SUA'RAA: AYAT 95-118
2. SURAH AR RA'D: AYAT 30 hingga 34.
3. SURAH AL-BURUJ: AYAT 1-22
Wasallam.