السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
REAKTIF bermaksud tindak balas terhadap sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang berlaku menyebabkan manusia terusik dan melakukan tindakbalas. Tindak balas yang berlaku selalunya bersifat spontan tanpa pemikiran dan kajian yang mendalam. Sikap reaktif selalunya berkait rapat dengan keadaan emosi seseorang.
REAKTIF bermaksud tindak balas terhadap sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang berlaku menyebabkan manusia terusik dan melakukan tindakbalas. Tindak balas yang berlaku selalunya bersifat spontan tanpa pemikiran dan kajian yang mendalam. Sikap reaktif selalunya berkait rapat dengan keadaan emosi seseorang.
Sekiranya emosi seseorang tidak stabil, tindak balas akan menjadikan keadaan atau sesuatu itu tidak stabil.
Kalau emosinya resah dan kacau jalan berfikirnya penuh dengan
kekacauan. Faktanya mungkin tidak lengkap. Analisisnya tidak tepat.
Kesimpulan yang diambil juga tidak membayangkan adanya pemikiran yang
mendalam terhadap sesuatu isu atau perkara.
Berfikir reaktif boleh membawa kepada kegopohan. Berfikir dalam suasana gopoh boleh menyebabkan kesilapan berlaku.
Orang yang berfikir reaktif cepat membuat kesimpulan. Kadang-kadang
mengambil pendekatan menghukum lebih daripada pendekatan memahami
mengapa ia berlaku, bagaimana mengatasinya dan faktor-faktor apa yang
boleh memberikan alternatif terhadap isu atau masalah yang berbangkit.
Berfikir
reaktif menjadikan sesuatu keputusan yang dibuat dalam keadaan tidak
masak atau separuh masak. Ia kadang-kadang membudaya pada diri
seseorang. Bila menghadapi sesuatu masalah, mendepani sesuatu isu,
mengalami sesuatu kebuntuan, ia tidak berfikir secara kritikal,
strategik ataupun kreatif sebaliknya melakukan sesuatu berasaskan apa
yang terlintas pada minda dan emosi dan kadang-kadang ledakan minda dan
emosi menyebabkan keadaan menjadi lebih bercelaru.....ingin membaca
terus klik sumber dibawah.
Sumber: DR.SIDEK BABA
Salam Pembaca yang budiman,
Di
atas adalah sebahagian penerangan dari masalah kebuntuan yang
diterangkan oleh Dr. Sidek Baba seorang pensyarah di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.
Kebuntuan
acapkali berlaku kepada semua orang samada berat atau ringan. Captain
kadang-kadang juga buntu dibuatnya jika menghadapi masalah yang berat,
insyaAllah ia dapat diatasi kemudiannya kerana sesuatu masalah yang
dihadapi berat ataupun ringan, ingatkan Allah SWT itu sedang menguji
kita. Kerana Allah SWT itu sayang hambaNya yang penyabar. Jadi setiap
tindakan selepas itu dipermudahkan oleh Allah SWT. Allah SWT membuka
jalan bagi hamba-hamba yang soleh.
Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 214 yang bermaksud:-
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”
Inilah
jawapan dari Allah SWT mengapa kita diuji. Muhasabah kembali diri. Kita
belum lagi sampai tahap ujian seperti para sahabat nabi yang mulia.
Mengapa?
BACA DOA INI BILA ANDA KEBUNTUAN YANG AMAT SANGAT.
Maksudnya:
21. Sekiranya
Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau
melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah
dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat
manusia, supaya mereka memikirkannya. 22. Dialah
Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang
ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 23. Dialah
Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian
alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala
kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta
Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya);
Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang
mereka sekutukan denganNya. 24. Dialah
Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada
kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang
dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan
semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di
bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
Wasallam.