السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Khas buat pembaca "TANPA NAMA".
Khas buat pembaca "TANPA NAMA".
Masalah mereka dengan pasangan masing-masing dalam komen di blog dahulu.
1. Salam
Capt, blh tak bagi doa pengasih jarak jauh untuk suami, masalah saya,
suami saya bila dia berada di tempat kerja atau out station mmg takkan
hubungi @ sms saya bertanya khbr, sebagai isteri apalah slhnya dia sms @
hubungi saya wpun sekejap... Bila dia ada di luar dia seolah2 lupa pada
saya n keluarga...
2. Salam
ustaz... saya ada seorang kekasih dan kami berkawan sudah 3tahun. saya
tahu dia wanita yang terbaik untuk saya tetapi sejak akhir2 ni perasaan
sayang dan cinta saya pada dia tiba-tiba hilang, sedangkan dia x ada
buat apa2 silap kepada saya. Ada tak apa-apa doa supaya perasaan cinta
saya kepada dia datang kembali. Terima kasih.
3. sekiranya
lelaki meminta dari hari ke hari... bulan ke bulan tetapi tidak
mendapat apa apa atas alasan keletihan bagaimana???? bila si suami tidur
di tmpat lain si isteri marah... bila tidur bersama si isteri buat mcm x
wujud je... bagaimana??? mcm mana untuk menyelesaikan masalah
tersebut...
4. mcm
mne pulak somi yg sggp tido dgn handfon setiap hari seakan2 tido dgn
kekasih hati tp isteri sendiri xdilayan..da masuk 6 tahun..mcm gantung
xbetali..ape doa2 yg sesuai utk somi mcm ne..xnk pulak lepaskan isteri..
Amalkan ayat dari surah-surah ini, insyaAllah. Semuga Allah perkenankan doa hambaNya.
Banyak
rumahtangga runtuh kerana hilang kasih sayang di tengah jalan walaupun
pada awalnya dibina atas cinta yang suci. Pelik dan ajaib kerana setelah
sekian lama berkasih sayang, tiba-tiba hilang perasaan kasih sayang
terhadap pasangan masing-masing. Timbul rasa menyampah dan benci yang
amat sangat. Jika terkena sihir berubatlah. Jika bukan disebabkan sihir
mungkin faktor luaran. Berusahalah memperbaiki perhubungan itu serta
berdoa dan bertawakal kepadaNya.
Mungkin
kerana sebab-sebab tertentu yang mempengaruhi seperti ada pihak yang
ketiga, cemburu buta, salah faham dan timbul tidak serasi dan bermacam
alasan untuk berpisah.
Namun
jika pasangan masing-masing kuat dan kental cintanya serta berserah
kepada yang Maha Kuasa di atas segala ujian dan rintangan sebesar mana
pun, ia mampu bertahan hingga ke akhir hayat.
Kasih sayang tergantung di Arasy
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud,
“Rahim (kasih sayang) itu tergantung di Arasy.” Katanya lagi, “Siapa yang menghubungkanku, menghubungi pula Allah akan dia dan siapa memutuskanku, memutuskan pula Allah akan dia.” (Hadis riwayat Muslim)
Seseorang
yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan mencintai dan dicintai
dan barang siapa yang tidak mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan
pula mencintai dan dicintai.
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (Al Qashash: Ayat 56)
DOWNLOAD DOA (1) & (2) MP3 - KLIK
DOA PENGIKAT KASIH (1)
Maksudnya:
Katakanlah
(wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah
aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
DOA PENGIKAT KASIH (2)
MaksudNya:
Dan
di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi kaum yang berfikir.
Wasallam.
No comments:
Post a Comment