Selawat
Fatih adalah pembuka atau kata lain merungkaikan kepada perkara-perkara
yang sulit dalam sesuatu urusan. Begitu juga seperti selawat Syifa'
sebagai penyembuh kepada penyakit. Selawat Fatih selalu diamalkan oleh
golongan-golongan sufi dan salafus solihin yang hebat-hebat umpamanya
Syeikh Abdul Qadir Jailani. Walaubagaimana pun sebagai hambaNya yang
serba serbi kurang dalam ibadah digalakkan mengamalkan.
Memang
ada hadis berkenaan bida'ah. Rasulullah S.A.W bersabda bahawa ulama itu
pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia
masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang
menentang Al-Quran dan As-Sunnah.
Fadhilatnya.
1.
Barang siapa membaca selawat ini 11 kali setiap selepas sembahyang 5
waktu, segala dosa2 kecilnya diampuni Allah s.w.t dan tenteram hati dan
jiwanya.
2.
Barang siapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan
rezeki dan selamat keluarga dari kesusahan serta dijauhkan dari azab
neraka.
3. Jika dibaca 100 kali setiap hari akan memudahkan seseorang mendapat jodoh.
Mengejar
fadhilat tidak salah. Sebagai hambaNya, nalurinya inginkan sesuatu
sebagai imbuhan, umpamanya pahala dan fadhilat. Itulah hikmah diwujudkan
fadhilat. Umpamanya seorang yang mengamalkan Surah Al-Waqiah untuk
menjadi kaya. Tidak mustahil satu hari nanti kerana kerap diamalkan maka
Tuhan tidak pula menambahkan kekayaan duniawinya tetapi sebaliknya
mengurniakannya nur, taufik dan hidayah sehingga akhirnya dia ikhlas
beramal kerana Allah s.w.t.
"Amalkan selawat yang mudah difaham. Dan kita akan TERASA dekat dengan Rasulullah, rasa dekat dihati".
Wasallam.
No comments:
Post a Comment