Friday, June 17, 2016

DOA INI SEBAGAI PENAWAR SUPAYA MENJAUHI MAKSIAT


Maksiat adalah melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT, tercela dalam syariat Islam, dan pelakunya akan mendapat dosa. Maksiat juga menghalang hidayah.

Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata:

"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat". ”

Maksiat menyebabkan maksiat lain pula. Seorang ulama berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya.

Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku. 

Orang yang pernah bertaubat kadang-kadang terjebak lagi dengan maksiat. Lalu bertaubat, terasa tiada kesan taubat yang dahulu. Mungkin taubatnya yang lepas seperti tidak diterima oleh Allah SWT. 

Tetapi jika masih mengingati akan dosa serta insaf kembali akan perbuatan maksiat itu bermakna Allah SWT masih sayang lagi kepada kita selepas melakukan maksiat. Oleh kerana itu jauhkan diri dari perkara-perkara yang akan membawa diri kearah kemaksiatan. Jadilah orang-orang yang bertaqwa. Allah  SWT berfirman:
(31) Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (32) (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, (33) dan gadis-gadis remaja yang sebaya, (34) dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman). (35) Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak (pula) perkataan dusta. (36) Sebagai pembalasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak,( Surah An Naba: Ayat 31-36) 
PENAWAR SUPAYA MENJAUHI MAKSIAT



Maksudnya:

Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya. Yang mempunyai karunia. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nyalah kembali (semua makhluk). 

Lebih elok lagi, doa ini dimulakan dengan Allahumma. Bagi yang sukar meninggalkan maksiat. Walaupun telah bertaubat, amalkan setiap kali selepas solat lima waktu dan sebelum tidur, insyaAllah.

Wasallam.

No comments:

Post a Comment