السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
N3 kali ini sangatlah penting kepada isteri atau suami yang mana pasangannya ada "affair" dengan kekasih gelapnya.
Nak dilarang orang yang sedang mabuk bercinta memang susah terutama
sekali bagi si isteri. Sebab kuasa menjatuh talak ada pada si suami.
Orang yang sedang mabuk bercinta memang susah dinasihatkan. Siapa yang
menasihatnya adalah musuh dan seterunya. Yang terkena sihir lagi susah
diubati. Kena bersungguh-sungguh berusaha berubat supaya hilang perasaan
"gila bayang" dan mesti dilenyapkan sama sekali ingatan suami atau
isteri itu akan kekasihnya, barulah pulih sepenuhnya.
Banyak email yang captain terima setakat ini kebanyakan adalah masalah rumahtangga yang mana si suami ada "affair" yang
serius dengan kekasih gelapnya. Ada juga tunang yang sudah berubah hati
kepada orang lain. Suami ada kakak angkat yang janda mati laki. Punya
cemburu si isteri kerana suami terlampau ambil berat sampai kakak angkat
datang "period" pun tahu. Berat sungguh macam tu!. Captain
lambat sikit menjawab email-email dan kepada mereka harap banyak
bersabar. InsyaAllah semua perkara yang kusut ada jalan penyelesaiannya.
Doa-doa
ini adalah satu daripada doa yang paling mustajab untuk diamalkan bila
terjadi sesuatu keatas isteri atau suami yang malang. Begitu hebatnya
Al-Quran sebagai penawar yang Allah SWT turunkan kepada hamba-Nya.
Janganlah berputus asa sehingga menggunakan jalan yang dilarangkan-Nya.
Seperti bagi nasi kangkang dan lain-lain yang boleh membuat suami jadi
patuh dan turut saja cakap isteri.
Doa-doa ini dilengkapkan dengan "Doa MP3" yang dimasukkan dibawah N3 ini supaya pembaca dapat baca dengan betul.
Cara-caranya:
Lakukan solat hajat. Selepas solat hajat baca doa-doa ini:
1. Shalawat Nabi - 3x.
2. Al-Fatihah - 1x.
3. Ayatul Kursi - 1x.
4. Surah Jatsiyah: Ayat 34.
5. Surah Al Kahfi: Ayat 57.
6. Surah Taha: Ayat 115.
Doa yang dibaca:
“Ya
Allah, Engkau Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau kepada Engkau aku
berserah diri, dengan kebenaran ayat ini lenyapkanlah perasaan cinta
___bin/binti __ Kerana sesungguhnya Engkau Maha Pelaksana terhadap apa
saja yang Engkau kehendaki dan Engkaulah Maha Penyayang diantara para
penyayang. Matilah kehendak dan matikan naluri hatinya
____bin/binti____untuk mencintai terhadap_____. Amin Ya Rabbul a'alamin.
Gunakan air penawar (DISINI)
atau air Musoffa sebagai ikhtiar kepada penawar penyakit rohani dan
jiwa. Beri suami minum dengan apa cara sekali pun. Semasa memberi atau
menghulurkan air kepada suami. Baca Bismillah dan Shalawat Nabi dan
niat dalam hati Doa Bahasa Melayu yang dibaca diatas itu.
Air
penawar atau air musoffa yang telah siap dibuat oleh ulama-ulama dan
alhafiz. Tak perlu dibaca lagi. Ia sebagai ikhtiar kepada penawar
penyakit rohani dan jiwa.
InsyaAllah orang yang minum air penawar atau air musoffa akan kembali "normal". Lupa kepada kekasih gelapnya dan bebas dari "Mabuk Cinta Asmaradana".
Ada
setengah kaedah perubatan menggunakan pinggan putih dan menulis doa
-doa diatas pinggan dengan dakwat zafaran atau dakwat cina. Kemudian
dituangkan air atau air zam-zam kedalam pinggan hingga hilang tulisan
itu. Ini bukan perkara yang mudah bagi sesetengah kita. Nak tulis jawi
atas kertas pun belum tentu lagi betul.
Captain
tunjukkan cara yang mampu dibuat oleh mereka yang ditimpa masalah
rumahtangga. Sudahlah mereka ini terlalu runsing dan susah hati dengan
masalah rumahtangga. Nak tulis ayat yang panjang berjela lagi
menyusahkan mereka. Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Mengasihani tidak
akan membebankan dan menyusahkan hamba-Nya yang dalam kesusahan seperti
dalam Surah Taha, ayat 2:
"Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan."
Doa 1.
Waqeela alyawma nansakum kamanaseetum liqaa yawmikum hatha wama/wakumu annaruwama lakum min nasireen
Maksudnya:
Maksudnya:
"Dan
dikatakan (kepada mereka): "Pada hari ini Kami melupakan kamu
sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan (dengan) harimu ini dan
tempat kembalimu ialah neraka dan kamu sekali-kali tidak memperoleh
penolong." (Surah Jaatsiyah Ayat 34)
Doa 2.
Waman
athlamu mimman thukkirabi-ayati rabbihi faaAArada AAanhawanasiya ma
qaddamat yadahu inna jaAAalnaAAala quloobihim akinnatan an yafqahoohu
wafee athanihimwaqran wa-in tadAAuhum ila alhuda falan yahtadoo
ithanabada
Maksudnya:
Maksudnya:
"Dan
siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang telah diperingatkan
dengan ayat-ayat Tuhannya lalu dia berpaling dari padanya dan melupakan
apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah
meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak)
memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan
kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak
akan mendapat petunjuk selama-lamanya."
Doa 3.
Walaqad AAahidna ila adamamin qablu fanasiya walam najid lahu AAazma
Maksudnya:
"Dan
sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa
(akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.
Wasallam.