السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Penyakit
histeria selalu berlaku dikalangan pelajar Melayu terutama pelajar
perempuan. Pernah berlaku juga kepada pekerja wanita di sebuah kilang
suatu ketika dahulu di Taman Ria, Sungai Petani. Hampir 300 pekerja
terkena histeria sehingga terhenti pengeluaran kilang selama dua hari.
Dari segi perubatan moden, penyakit Histeria
adalah salah satu penyakit mental akibat tidak berkemampuan seseorang
menghadapi kesukaran-kesukaran, tekanan perasaan, kegelisahan, kecemasan
dan pertentangan jiwa dan batin.
Pada
segi perubatan Islam ia adalah gangguan dari makhluk halus yang merasuk
seseorang itu terutama yang lemah semangat. Wanita yang lemah semangat
akibat tekanan jiwa, stress yang teruk senang dirasuk berbanding mereka
yang kuat semangat. Pelajar lelaki kadang-kadang terkena histeria tapi
sangat jarang. Stress akibat terlalu susah hati menjelang hari
peperiksaan, dan berbagai perkara yang tak dapat dijelaskan lagi.
Doa ini yang diambil dari Ustaz Sharhan Shafie
dalam rancangan "Tanya Ustaz" untuk diamalkan oleh mereka yang lemah
semangat bagi memantapkan dan menguatkan jiwa dari gangguan makhluk
halus. Untuk isteri dan anak-anak yang tinggal di tempat yang ada
masalah. Tempat yang "keras" dikhuatiri boleh terkena makhluk halus.
Seperti
rumah sewa yang berhantu atau rumah yang dibina diatas bekas kubur yang
lama, tempat buang saka oleh orang-orang dulu. Dibina rumah diatas
tapak yang menjadi kediaman makhluk halus. Kerana manusia tidak nampak
makhluk halus tinggal bersama disitu. Bila semangat sangat lemah, datang
bulan pula, senang dirasuk.
Caranya
baca doa ini setiap kali lepas solat. Jadikan amalan pada mereka yang
lemah semangat supaya jiwa mereka kuat dari gangguan makhluk halus.
Maksudnya:
"Sekiranya
Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau
melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah
dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat
manusia, supaya mereka memikirkannya."
Wasallam.