DOA PEMUTUS CINTA-KASIH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

N3 kali ini sangatlah penting kepada isteri atau suami yang mana pasangannya ada "affair" dengan kekasih gelapnya. Nak dilarang orang yang sedang mabuk bercinta memang susah terutama sekali bagi si isteri. Sebab kuasa menjatuh talak ada pada si suami. Orang yang sedang mabuk bercinta memang susah dinasihatkan. Siapa yang menasihatnya adalah musuh dan seterunya. Yang terkena sihir lagi susah diubati. Kena bersungguh-sungguh berusaha berubat supaya hilang perasaan "gila bayang" dan mesti dilenyapkan sama sekali ingatan suami atau isteri itu akan kekasihnya, barulah pulih sepenuhnya. 

Banyak email yang captain terima setakat ini kebanyakan adalah masalah rumahtangga yang mana si suami ada "affair" yang serius dengan kekasih gelapnya. Ada juga tunang yang sudah berubah hati kepada orang lain. Suami ada kakak angkat yang janda mati laki. Punya cemburu si isteri kerana suami terlampau ambil berat sampai kakak angkat datang "period" pun tahu. Berat sungguh macam tu!. Captain lambat sikit menjawab email-email dan kepada mereka harap banyak bersabar. InsyaAllah semua perkara yang kusut ada jalan penyelesaiannya.   

Doa-doa ini adalah satu daripada doa yang paling mustajab untuk diamalkan bila terjadi sesuatu keatas isteri atau suami yang malang. Begitu hebatnya Al-Quran sebagai penawar yang Allah SWT turunkan kepada hamba-Nya. Janganlah berputus asa sehingga menggunakan jalan yang dilarangkan-Nya. Seperti bagi nasi kangkang dan lain-lain yang boleh membuat suami jadi patuh dan turut saja cakap isteri.

Doa-doa ini dilengkapkan dengan "Doa MP3" yang dimasukkan  dibawah N3 ini supaya pembaca dapat baca dengan betul.

Cara-caranya:

Lakukan solat hajat. Selepas solat hajat baca doa-doa ini:

1. Shalawat Nabi - 3x.
2. Al-Fatihah - 1x.
3. Ayatul Kursi - 1x.
4. Surah Jatsiyah: Ayat 34. 
5. Surah Al Kahfi: Ayat 57. 
6. Surah Taha: Ayat 115.

Doa yang dibaca

“Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau kepada Engkau aku berserah diri, dengan kebenaran ayat ini lenyapkanlah perasaan cinta ___bin/binti __ Kerana sesungguhnya Engkau Maha Pelaksana terhadap apa saja yang Engkau kehendaki dan Engkaulah Maha Penyayang diantara para penyayang. Matilah kehendak dan matikan naluri hatinya ____bin/binti____untuk mencintai terhadap_____. Amin Ya Rabbul a'alamin.

Gunakan air penawar (DISINI) atau air Musoffa sebagai ikhtiar kepada penawar penyakit rohani dan jiwa. Beri suami minum dengan apa cara sekali pun. Semasa memberi atau menghulurkan air kepada suami. Baca Bismillah  dan Shalawat Nabi dan niat dalam hati Doa Bahasa Melayu yang dibaca diatas itu.

Air penawar atau air musoffa yang telah siap dibuat oleh ulama-ulama dan alhafiz. Tak perlu dibaca lagi. Ia sebagai ikhtiar kepada penawar penyakit rohani dan jiwa.

InsyaAllah orang yang minum air penawar atau air musoffa akan kembali "normal". Lupa kepada kekasih gelapnya dan bebas dari "Mabuk Cinta Asmaradana". 

Ada setengah kaedah perubatan menggunakan pinggan putih dan menulis doa -doa diatas pinggan dengan dakwat zafaran atau dakwat cina. Kemudian dituangkan air atau air zam-zam kedalam pinggan hingga hilang tulisan itu. Ini bukan perkara yang mudah bagi sesetengah kita. Nak tulis jawi atas kertas pun belum tentu lagi betul.

Captain tunjukkan cara yang mampu dibuat oleh mereka yang ditimpa masalah rumahtangga. Sudahlah mereka ini terlalu runsing dan susah hati dengan masalah rumahtangga. Nak tulis ayat yang panjang berjela lagi menyusahkan mereka. Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Mengasihani tidak akan membebankan dan menyusahkan hamba-Nya yang dalam kesusahan seperti dalam Surah Taha, ayat 2:

"Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan."

Doa 1.


Waqeela alyawma nansakum kamanaseetum liqaa yawmikum hatha wama/wakumu annaruwama lakum min nasireen

Maksudnya:

"Dan dikatakan (kepada mereka): "Pada hari ini Kami melupakan kamu sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan (dengan) harimu ini dan tempat kembalimu ialah neraka dan kamu sekali-kali tidak memperoleh penolong." (Surah Jaatsiyah Ayat 34)

Doa 2.


Waman athlamu mimman thukkirabi-ayati rabbihi faaAArada AAanhawanasiya ma qaddamat yadahu inna jaAAalnaAAala quloobihim akinnatan an yafqahoohu wafee athanihimwaqran wa-in tadAAuhum ila alhuda falan yahtadoo ithanabada

Maksudnya:

"Dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya lalu dia berpaling dari padanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya." 

Doa 3.


Walaqad AAahidna ila adamamin qablu fanasiya walam najid lahu AAazma

Maksudnya:

"Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. 





Wasallam.

Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment