السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dipanjangkan usia dan moga-moga dipanjangkan usia seterusnya supaya dapat terus beribadat dan menikmati anugerahNya.
Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dipanjangkan usia dan moga-moga dipanjangkan usia seterusnya supaya dapat terus beribadat dan menikmati anugerahNya.
Jika
direnungkan secara mendalam, ternyata memang banyak nikmat Allah SWT
yang telah kita terima dan gunakan dalam hidup ini. Demikian banyaknya
sehingga kita tidak mampu menghitungnya. Allah SWT berfirman,
''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (Surah An Nahl: Ayat 18).
Hakikat syukur adalah menampakkan nikmat dengan menggunakannya pada tempat dan sesuai dengan kehendak pemberinya. Sedangkan kufur adalah menyembunyikan dan melupakan nikmat. Allah SWT berfirman, ''Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan,
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'.'' (Surah Ibrahim: Ayat 7).
Maksudnya:
Ya
Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah
Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk
mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan
rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh."
Sekian Wasallam.
Jazakallahu khairan.
No comments:
Post a Comment