السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sihir
Tafriq digunakan terhadap seseorang itu supaya membenci, bermusuhan dan
berkelahi walaupun perkara yang remeh. Tanda awal suami isteri yang
terkena sihir tafriq yang diberitahu oleh Ustaz Sharhan iaitu bila
masing-masing berada jauh akan terasa rindu sangat. Tetapi bila berada
bersama, selalu bergaduh atas perkara yang remeh, cepat panas baran dan
tak boleh tengok muka si suami atau si isteri.
UNTUK DETEKSI GANGGUAN JIN SAMA ADA ANDA TERKENA SIHIR ATAU TIDAK
Kepada
yang mungkin tidak selesa dan ada sesuatu menganggu dalam ikatan
seperti disebut diatas. Mungkin anda telah di sihirkan sebelum ini. Baca
doa ini selepas solat tersebut. Jika anda di sihir kemungkinan ada
pertunjuk dari Allah SWT dalam erti kata yang lain. Anda akan terasa
sesuatu keadaan yang berlainan seperti hendak pitam, sakit atau letih
mungkin tindak balas dari bacaan tersebut terhadap sihir yang dikenakan
pada anda. Jika tiada apa-apa tanda berlaku pada anda selepas
membacanya. InsyaAllah anda tidak disihir.
Baca surah ini:-
1. Surah Al-Baqarah: ayat 102
Maksudnya:
Mereka
(membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang
dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,
padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran
itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan
sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa
yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil
(Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan
setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini
hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau
menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga
orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh
menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak
akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir
itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka
mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi
manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu)
telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah
lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat
buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka
mengetahui.
PERUBATAN JARAK JAUH (PJJ)
Kaedah
ini dilakukan untuk mengubat isteri, suami, anak atau saudara mara yang
disihirkan berada jauh di dalam atau luar negeri. Lakukan solat sunat
berikut pada 2/3 malam:
1. Solat Hajat
2. Solat Tahajjud.
Selepas solat tersebut, baca doa-doa ini.
1. Doa Untuk Kebahagian Rumahtangga Dan Keturunan.
Maksudnya:
Wahai
Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan
jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
2. SURAH AZ ZUKRUF: AYAT 21
Maksudnya:
Pernahkah
Kami memberikan mereka sebelum Al-Quran ini sebuah Kitab (yang
membenarkan dakwaan mereka), lalu mereka berpegang teguh kepada kitab
itu?
3. SURAH AL-ARAF: Ayat 21
Maksudnya:
Dan
ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah
dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".
UNTUK PELINDUNGAN DIRI DARI TERKENA SEBARANG SIHIR TERMASUK SIHIR TAHRIQ
Baca selalu doa-doa ini setiap kali solat wajib
1. Surah Al Anam: Ayat 61
Maksudnya:
Dan
Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada
kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang
kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di
antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami
(malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam
menjalankan tugasnya).
2. Surah Hud: Ayat 57
Maksudnya:
Jika
kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa
(amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku
akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak
dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku
adalah Maha Pemelihara segala sesuatu.
3.Surah Al Araf: Ayat 118
Maksudnya:
Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan.
Semuga
mengamalkan doa-doa yang diatas untuk menjaga diri dan memohon
pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT dari gangguan iblis dan jin
yang dilaknat.
Lakukan
yang terdaya tetapi berterusan kepada yang terkena sihir ini sehingga
sembuh. Bacaan doa 1x/3x/7x mengikut kemampuan anda.
Wasallam.
No comments:
Post a Comment