السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sihir adalah dosa yang kedua terbesar selepas syirik. Orang yang mengamalkan ilmu sihir selalunya mendapatkan pertolongan dari Syaitan dan Jin. Selalunya makhluk halus inilah yang menolong melakukan kerja-kerja sihir seperti yang diarahkan untuk merosak, memecah belah keluarga, menyakiti dan membunuh insan lain kerana sakit hati atau dengki supaya tercapai niat busuknya.
Ilmu
sihir ada bermacam-macam seperti santau angin yang menggunakan jin
supaya mangsa diracun. Ilmu sihir tafriq untuk memecah belah pasangan
suami isteri dan terus bercerai. Pukau supaya mangsa senang dirompak dan
banyak lagi nak disebutkan disini dan yang paling selalu kita dengar
digunakan untuk menjatuhkan perniagaan seseorang itu yang sedang maju
sehingga perniagaannya gulung tikar seperti restoran makanan yang selalu
berlaku kepada orang-orang melayu kita.
Dalam rancangan "TANYALAH USTAZ". Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz ada memberitahu bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
(Maaf kerana sabda Nabi SAW diambil terus dari percakapan Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz.
"Barang siapa yang mengamalkan ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255 dan tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah, maka terhindarlah dirinya dari sebarang sihir".
(Maaf kerana sabda Nabi SAW diambil terus dari percakapan Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz.
Ini
bermakna sebarang ilmu sihir yang dituju kepada mangsanya itu
dipelihara oleh Allah SWT. Dan sihir yang dihantar atau dituju kepada
mangsanya akan dikembali kepada orang yang menghantarkannya. Maka orang
jahat itu terkena sihirnya sendiri. Begitu hebatnya ketiga-tiga ayat
Allah ini sebagai pendinding diri dan perlindungan kepada sesiapa yang
mengamalkannya. Ia sebagai "Internal Protection". Sebaiknya dibaca 1 x
sebelum tidur tiap-tiap malam. Moga-moga kita dipeliharaNya dari sihir.
1. Surah Al-Baqarah: Ayat 1-5.
Wasallam.
No comments:
Post a Comment