السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SURAH AL- ANFAL
"Barang siapa yang membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia."
Setiap dari kita mahu orang lain mencintai kita sepenuh hati begitu juga kita mencintai seseorang itu. Ada bermacam-macam cara dilakukan untuk menarik perhatian. Ada yang menggunakan minyak pengasih, minyak dagu, minyak cenuai dan disapu pada orang lain supaya suka kepada kita. Semua minyak-minyak pengasih ini hanyalah berguna untuk jangkamasa yang terhad sahaja. Habis "power" maka terserlahlah kebencian pula. Takut-takut yang menggunakannya terlibat dengan sihir. Maka tak tertanggung dosa besar itu.
Ada
sesetengah orang yang menggunakan susuk supaya orang lain suka dan
hormati padanya. Bila dipandang nampak cantik dan manis. Tapi pantang
larangnya banyak pula seperti tidak boleh lalu bawah ampaian baju. Tidak
boleh makan pisang emas. Makan sate pun kena ambil daging baru disuap
ke dalam mulut. Tak boleh makan sate cara biasa. Jika tidak, tertanggal
susuk itu dari tubuh si pemakainya. Nak pasang susuk emas pada seseorang
itu terutama sekali untuk kelihatan cantik bagi wanita. Terpaksalah
bertelanjang bulat dihadapan bomoh susuk itu. Nauzubillah minzalik! tak
sangguplah macam tu! Silap-silap takut kena cabul pula jika bomoh itu
naik "stim" kat tubuh yang tanpa seurat benang.
Dengan
mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT tidak ada pantang larangnya.
Tinggal yang dilarangNya dan lakukan yang diperintahNya. Solat dan wuduk
itu boleh menyerikan wajah kita dan diperkuatkan lagi dengan
surah-surah yang diamalkan. Hati ikhlas dalam ibadat nescaya Allah SWT
rahmati hambaNya.
Banyak
surah-surah dalam Al-Quran boleh kita amalkan. Kali ini mari kita
amalkan pula Surah Al-Anfal ayat 62 dan 63 setiap kali selepas solat
fardu. Bacalah berkali-kali supaya sebati dengan jiwa dan diri kita
sebagaimana yang kita membaca Al-Fatihah selama ini.
Terjemahannya:
Ayat 62: Dan
jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah
(menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang
menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang
yang beriman.
Ayat 63 : Dan
(Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu).
Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi,
nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka,
akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka.
Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Wasallam.
No comments:
Post a Comment