السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kata pepatah: "Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri." Memang benar bahawa perbezaan pendapat dan kadang-kadang pergaduhan boleh berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Allah jadikan setiap manusia berbeza dari sudut kecenderungan, minat, perwatakan, kemampuan, perangai, cara berfikir dan fizikal.
Selain
faktor-faktor seperti genetik, perbezaan ini banyak dipengaruhi oleh
pendedahan kepada persekitaran yang berbeza berdasarkan latar belakang
keluarga, sub-budaya dan budaya. Jadi, tidak hairan lah jika suami
isteri akan mengalami beberapa cabaran dalam proses penyesuaian.
Pergaduhan
suami isteri bukan sahaja kerana perbezaan latar belakang. Bahkan dalam
kes suami dan isteri yang datang dari latar belakang yang sama pun
kadang-kadang berlaku juga perselisihan. Seribu satu kelemahan dan
kekurangan yang ada pada manusia menyebabkan berlakunya perbezaan dalam
keluarga. Kadang-kadang ia berpunca dari suami, dan kadang-kadang ia
berpunca dari isteri. Namun dalam banyak keadaan ia adalah akibat
kelemahan dan kesilapan kedua-dua suami dan isteri.
Namun
baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa kes yang membawa maut.
Kisah suami tikam isteri kerana kejutkan untuk solat. Kisah ayah tikam
anak bila anak menegur bapanya yang balik dalam keadaan mabuk. Lagi kes
baru anak pukul ayah kerana kejutkan bangun untuk solat subuh dan ibu
yang cuba menyeleraikan nyaris maut selepas ditolak oleh anaknya.
Jadi
ikhtiar terbaik hanya memohon kepada Allah SWT supaya rumahtangga aman
damai. Perselisihan faham yang baru bermula. Cepat-cepat redakan
kemarahan masing-masing. Banyak beristighfar akan menyejukkan hati yang
marah.
Sebenarnya,
sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh
itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu
marah, ambillah wuduk.
MARAH
satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan
Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh
menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.
Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.
Memang
benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat
apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum
menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.
Semuga kita banyak bersabar dan mengamal surah ini untuk kebaikan rumahtangga yang harmoni.
Terjemahan Surah Al-Baqarah: Ayat 102
Mereka
(membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang
dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,
padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran
itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan
sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa
yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil
(Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan
setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini
hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau
menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga
orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh
menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak
akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir
itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka
mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi
manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu)
telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah
lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat
buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka
mengetahui.
Wasallam.
Wasallam.
No comments:
Post a Comment