السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Imam
al-Bukhari meriwayatkan dari ibn Abbas bahawa dia berkata: Ucapan
terakhir Nabi Ibrahim a.s ketika dicampakkan ke dalam api ialah:
حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Bermaksud:
"Memadailah bagiku Hanya Allah (sebagai penolong) dan Dia sebaik-baik Pelindung."
Raja
Namrud mati akal ketika berhujah dengan Nabi Ibrahim berikutan semua
pertanyaan yang dikemukakannya kepada Ibrahim dijawab mengikut logik
akal.
Bagaimanapun,
Namrud yang mengheret Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan
menghancurkan berhala yang disembah kaumnya tetap mahu menghukum
Ibrahim. Justeru, Namrud memerintahkan tenteranya supaya menangkap
Ibrahim untuk dibakar hidup-hidup.
Rakyat
dikerah mengumpulkan kayu untuk tujuan pembakaran itu. Ibrahim dicampak
ketika api marak di hadapan orang ramai yang menyaksikannya dengan
penuh gelisah.
Walaupun
berada dalam api yang marak, Ibrahim tidak terbakar, malah dirasakannya
bertambah sejuk. Keistimewaan luar biasa itu adalah mukjizat Allah
kepadanya.
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
Qulna ya naru kooneebardan wasalaman AAala ibraheem
Terjemahannya:
"Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!."
Doa
ini amat sesuai diamalkan oleh kita semua sebagai menyatakan
pergantungan mutlak hanya kepada Allah Yang Maha berkuasa dan Maha
Pengurnia sebagai tempat memohon pertolongan dan bantuan.
Sekiranya
terperangkap semasa kebakaran dalam bangunan dan hanya jalan keluar
yang selamat melalui api yang sedang marak maka tawakal dan yakin dengan
ayat-ayat Allah SWT. Ma’unah. Iaitu kejadian luar biasa yang
diberikan kepada sebahagian orang awam untuk melepaskan dirinya dari
kesulitan. Jika tidak yakin cuba cari jalan keluar lain.
Untuk rawatan kulit terbakar atau melecur, baca Surah Al- Fatihah diikuti dengan ayat tersebut juga:
Qulna ya naru kooneebardan wasalaman AAala ibraheem
Terjemahannya:
"Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!."
Sumber Rujukan: Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat- Ayat dan Doa- Doa Mustajab. 2008. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.
Semoga kita dipermudahkan untuk mengamalkan semua amal soleh.
Wasallam.
No comments:
Post a Comment