Astaghfirullahal 'adziim
x3. Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami yang besar dan yang kecil.
Dosa-dosa yang lalu dan dosa-dosa kami yang akan datang. Tak sanggup
kami masuk neraka Mu kerana apinya yang teramat panas bukan alang
kepalang sakitnya, pedih dan derita tiada penghujungnya. Semoga mati
kami di dalam rahmat dan kasih sayang Mu, dan diampunkan dosa-dosa kami.
Kami bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran,
malah berusaha mencegahnya. Amin.
Semuga
perbanyakkan membaca doa-doa ini selepas setiap kali selepas solat.
Insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun
jika dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang,
mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada
orang berkenaan disamping memohon keampunan Allah SWT.
SURAH ALI IMRAN: AYAT 16 DAN 192
Ayat 16
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka".
Ayat 192
"Wahai
Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan kedalam neraka maka
sungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim itu
tidak akan beroleh seorang penolong pun"
Sebagai Renungan:
Diriwayatkan
bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api
di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya
memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan Jibril as
supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan
Nabi Adam as.
Maka
jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada
malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah. Jibril: "wahai zabaniah, aku
diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia
bagi kegunaan Adam as."
Zabaniah:
sebanyak mana sedikit itu ? Jibril: sebesar kurma...Zabaniah: kalau
sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya. Jibril: kalau
begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...Zabaniah: kalau
sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia
nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak
ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.
Memandangkan
keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah SWT untuk
mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah SWT pun
memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api
neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka
sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang
keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan
mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70
buah sungai. = 70 x 70
Selepas
itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas
sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit
itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api
tersebut dan dihantar semula ke neraka.Hanya sisa-sisanya sajalah yang
terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain
lain lagi.
PENGAJARAN:
Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai
dan hanya sisanya saja itu pun manusia tidak dapat bertahan akan
kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH
SAHAJA.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang
mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat
(wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat
kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya
orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah
yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan
terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap,
sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan
kepandaiannya"(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Barangsiapa
yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah
barat, maka Allah menerima taubatnya" (Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah" (Al-Hadith)
Wasallam.
No comments:
Post a Comment