Wednesday, June 22, 2016

DOA MOHON AGAR NEGARA AMAN DAN RAKYAT MURAH REZEKI




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Marilah kita sama-sama berdoa agar negara yang tercinta ini berada dalam keadaan aman sentosa dan penduduk dimurahkan rezeki. Dijauhkan dari kacaubilau pihak yang gila kuasa, tamak haloba. Dijauhkan pemimpin yang zalim, rasuah dsbg. Semuga kita merasa aman dan tenteram dalam beribadat kepada Allah SWT. 


ERTINYA:

Wahai Tuhanku! Jadikanlah ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka.  Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.


Wasallam

No comments:

Post a Comment