Apabila
seseorang itu sakit dan terlantar di katil tidak kira samada di rumah
ataupun di hospital, banyak nikmat Allah SWT telah hilang darinya.
Selera makan kurang dan tenaga untuk bergerak kesana sini sudah terhad.
Terpaksa dipangku oleh sanak saudara. Ada pula yang ditinggalkan
bersendirian tanpa ada orang yang menjaga.
Semasa sihat, ada yang lupa akan nikmat Allah SWT kurniakan. Jarang solat dan beribadah. Tetapi bila sakit baru tahu bahawa kita ini tiada daya upaya melainkan Allah SWT yang berkuasa mengerakkan kita. Ingat 5 perkara ini:
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati. Jadi hargailah kehidupan yang anda miliki sekarang ini nescaya, segala perit jerih hidup itu akan menjadi sumber inspirasi untuk anda menjadi orang yang hebat.
Semasa
terlantar sakit, jika boleh bertasbih. Tasbihlah seberapa banyak yang
boleh. Lebih baik dari berdiam diri atau mengerang kesakitan dan
mengeluh diri akan penyakit yang sedang dihadapi. Dan ajarlah kepada
pesakit doa ini jika ia dapat berdoa. Semuga Allah SWT menyembuhkannya.
.لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ الْعَظِيْـمِ
LAA HAULAA WA LAA QUWWATA ILLAA BIL LAAHIL 'ALIYYIL ' AZHIIM
"Tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung."
Bacalah doa ini supaya semasa dalam keadaan sakit dapat beribadat.
Bacalah doa ini supaya semasa dalam keadaan sakit dapat beribadat.
rabbana absarnawasamiAAna faarjiAAna naAAmal salihaninna mooqinoon
Maksudnya:
Maksudnya:
"Ya
Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami
(ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah
orang-orang yang yakin."
Wasallam.
No comments:
Post a Comment