Thursday, June 16, 2016

DOA MENUTUP DAN MEMBUKA PINTU HATI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


N3 khas ini untuk pembaca ku yang meluahkan perasaan mereka melalui komen-komen yang sangat terharu. Satu N3 atas tajuk ini sangat penting kerana "Pintu hati" adalah lorong dan laluan kepada jalan kebaikan atau kejahatan. Jika pintu hati tertutup kepada jalan kemungkaran. Maka seseorang itu akan meninggalkan segala maksiat dan perkara-perkara yang mungkar yang dilarang oleh Allah SWT. Maka ia akan menjadi seorang muslim yang baik disisi Allah SWT.

Begitu juga jika pintu hati terbuka kepada perkara yang mungkar yang dilarang oleh Allah SWT maka ia akan menjadi kufur kepada Allah SWT dan matinya sebagai orang kafir. Itulah yang paling malang buat dirinya bila ia kembali ke alam barzah.

Pintu hati yang tertutup kepada cahaya keimanan susah untuk mendapat hidayahNya. Apabila tertutup pintu hatinya maka hatinya akan mati dan tertutuplah segala pintu kebaikan dan terdoronglah melakukan kemungkaran.

Ciri manusia yang hatinya sudah mati antara lain ialah kurang berinteraksi dengan kebaikan, kurang kasih sayang kepada orang lain, tidak menolong orang, suka kemungkaran, menurut hawa nafsu, lalai dengan kebajikan dan suka berbuat maksiat 

Ada tiga perkara apabila ditinggalkan akan menyebabkan hati mati iaitu

1) Meninggalkan sembahyang dan membuatkan jiwa kacau dan gelisah. Terjerumus ke dalam perbuatan keji dan hina, terseret ke lembah kemungkaran dan kesesatan.

2) Meninggalkan sedekah bererti mementingkan diri dan enggan berbuat kebaikan. 

3) Tidak mengingati Allah s.w.t. dengan tidak berzikir boleh menyebabkan hati keras membatu sehingga tidak boleh menerima nasihat dan ajaran agama. 

Dalam bab cinta pula, jika tertutup pintu hati. Maka terputuslah tali pertunangan. Jika sudah berkahwin dan mempunyai anak. Maka bercerai berai jadinya seperti yang kita dengar dan lihat. Kepada yang mengamalkan doa-doa diblog ini seperti doa pengasih, doa pengikat kasih sayang dll doa-doa yang berkaitan dengan hati. Baca doa ini selepas solat hajat atau setiap kali solat. Mohon dibuka pintu hati orang yang anda kasehi. Jika pasangan anda terlibat dengan kekasih gelapnya, doakan pintu hatinya tertutup kepada temanitanya. Begitu juga jika terlibat dengan maksiat lain seperti judi, zina, arak. Setiap kali melakukan dosa, satu titik hitam akan timbul di hati, makin banyak membuat dosa makin hitamlah hati itu. Minta pada Allah SWT tutup pintu hatinya kepada kemungkaran. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

“Dan sesungguhnya Kami sediakan bagi neraka Jahanam itu golongan jin dan manusia yang mereka itu mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu ibarat binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf ayat 179)

Dalam ayat di atas Allah SWT meletakkan nilaian manusia sama taraf dengan haiwan bahkan lebih rendah lagi kerana manusia membutakan matanya, memekakkan telinganya dan menutup pintu hatinya kerana tidak mahu menerima kebenaran yang datangnya daripada Allah SWT.

Demikianlah apa yang dikatakan celik mata hati atau kesedaran. Tegasnya, mata hati akan celik hanya apabila kita melihat kehidupan ini sejajar dengan kehendak atau ketetapan Allah SWT. Inilah pandangan hidup yang paling jelas dan tepat. Bermula dengan pandangan yang tepat inilah kita boleh menjalani hidup dengan sebaik-baiknya.

Berdasarkan ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa manusia akan menjadi kufur dan tidak akan beriman apabila dia ada hati tetapi hatinya buta walaupun matanya tetap celek tidak buta dan telinganya tetap mendengar bukan pekak. 


DOA MENUTUP DAN MEMBUKA PINTU HATI


15. Ya ahla alkitabi qad jaakumrasooluna yubayyinu lakum katheeran mimma kuntumtukhfoona mina alkitabi wayaAAfoo AAan katheerin qad jaakummina Allahi noorun wakitabun mubeen

16. Yahdee bihi Allahu mani ittabaAAa ridwanahusubula assalami wayukhrijuhum mina aththulumatiila annoori bi-ithnihi wayahdeehim ilasiratin mustaqeem

Maksudnya:

15. Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. 16. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.

Wallahualam bissawab.

No comments:

Post a Comment