السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kepada suami yang selalu bertugas "out-station" dan meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Selalu berharapkan dan berpesan kepada saudara terdekat untuk menjaga keluarganya semasa ketiadaannya.
Kepada suami yang selalu bertugas "out-station" dan meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Selalu berharapkan dan berpesan kepada saudara terdekat untuk menjaga keluarganya semasa ketiadaannya.
Pada
situasi sekarang yang sering berlaku seperti kes pecah rumah, kes culik
seperti Nurin Jazlin, kebakaran dan apa saja insiden amat merisaukan
hati suami. Selalu berharap keluarga yang ditinggalkan berada dalam
keadaan selamat dan sehat sejahtera sehingga ia selesai menjalankan
tugasnya.
Kepada
pasangan suami-isteri yang bekerja dan meninggalkan anak-anak kecil
mereka kepada "maid" Indon atau di rumah pengasuh, bacalah doa ini
selepas menghantar mereka atau sebelum ke pejabat supaya anak-anak di
rumah atau pun di sekolah selamat dipelihara Allah SWT.
Anak-anak
ibarat permata yang tidak ternilainya. Jika berlaku sesuatu kepada
mereka sepanjang ketiadaan kita, tiada wang ringgit yang boleh
mengantikan kehilangan mereka.
Banyak
kes sudah kita baca dalam akhbar. Anak mati di rumah pengasuh,
kemalangan dalam rumah seperti lemas dalam tub mandi, jatuh tangga dan
banyak lagi yang berlaku sehingga kita rasa tidak selamat lagi untuk
meninggalkan mereka pada orang lain.
Ada
isteri yang bekerja sanggup mengambil keputusan untuk berhenti kerja
demi untuk menjaga anak mereka. Bacalah doa ini sebelum meninggalkan
keluarga atau meninggalkan anak-anak dirumah. InsyaAllah dipelihara
Allah SWT.
Maksudnya:
"Aku pertaruhkan kamu sekalian kepada Allah yang tidak akan mensia-siakan apa yang disimpan kepada-Nya"
Wasallam.
No comments:
Post a Comment