Saturday, June 11, 2016

DOA-DOA UNTUK RAWATAN DARAH TINGGI, KENCING MANIS DAN SAKIT JANTUNG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

N3 kali bersambung lagi dari rancangan TV "Tanya Ustaz" iaitu "Indah Perubatan Islam" oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie. Yang sempat captain catatkan kali ini berkaitan "Doa Rawatan" untuk penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Sakit Jantung. 

Marilah kita kongsi bersama ilmu ini yang diajarkan oleh beliau. Kata ustaz kalau tak silap dengar oleh captain. Jika sudah berusaha secara moden masih tidak sembuh juga. Cubalah rawatan secara Islam dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran kalamullah. Bolehlah membeli buku beliau yang baru berada di pasaran bertajuk "Indah Perubatan Islam".

Cara-caranya:

Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.

DOA 1.


Ya ayyuha annasuqad jaatkum mawAAithatun min rabbikum washifaonlima fee assudoori wahudan warahmatunlilmu/mineen

Maksudnya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."

DOA 2.


Walaw jaAAalnahu qur-ananaAAjamiyyan laqaloo lawla fussilat ayatuhuaaAAjamiyyun waAAarabiyyun qul huwa lillatheena amanoohudan washifaon wallatheena layu/minoona fee athanihim waqrun wahuwa AAalayhim AAaman ola-ikayunadawna min makanin baAAeed

Maksudnya:

"Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)." (Surah Fushillat: Ayat 44)




Wassallam.