السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dalam rancangan "Tanya Ustaz" minggu ini yang bertajuk "Indah Perubatan Islam". Ustaz Sarhan Shafie memberitahu penggunaan "minyak zaitun" sebagai
penawar untuk mengubatkan orang yang terkena sihir. Minyak zaitun yang
telah diruqyahkan boleh disapukan kepada bahagian anggota-anggota yang
sakit akibat sihir seperti sakit dibahagian tangan, kaki, kepala dsbg.
Salah satu doa yang diberikan oleh Ustaz Sarhan iaitu dari Surah Yunus,
ayat 81 yang captain pernah gunakan dalam kaedah membuat "Air Penawar" (DISINI).
Doanya
ini captain perolehi 16 tahun dahulu dari seorang ustaz. Beliau yang
selalu dikunjungi oleh Kerabat-kerabat Diraja Negeri Kedah untuk
mendapatkan rawatan. Berketurunan Siam Islam berasal dari Utara Bangkok
yang telah mengubat captain suatu ketika dahulu dari serangan tiga
serangkai iaitu serangan sihir bomoh Siam, bomoh orang Asli dan bomoh
Indonesia.
Kenapa
captain di sihir begitu sekali sampai menggunakan khidmat tiga orang
bomoh dalam satu masa? Sebagai membalas dendam kerana menghalang niat
jahat seorang kawan dari menipu beberapa orang ahli perniagaan. Sebelum
kenal beliau, beliau sudah menipu beberapa orang untuk melabur dalam
syarikatnya (SKIM CEPAT KAYA). Tujuan beliau supaya captain
menjadi lumpuh kerana merosak rancangan jahatnya. Tetapi hanya Allah SWT
yang menentukan baik atau buruk keatas hamba-Nya. Berbalik kepada
minyak zaitun:
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.” (HR Abu Dawud)
Berdasarkan
hadis ini, maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung
kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia
berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah).
Salah
satu makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak
1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak
zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar, dikeluarkan dari pohon zaitun
yang diberkati.
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."
1. CARA MEMBUAT MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENAWAR KEPADA SIHIR:
Surah-surah yang dibaca pada minyak zaitun.
- Solat Hajat
- Baca Al-Fatihah.
- Shalawat - 7x.
- Baca Surah Yunus.
qala moosama ji/tum bihi assihru inna Allahasayubtiluhu inna Allaha la yuslihuAAamala almufsideen
Maksudnya:
Maksudnya:
"Maka
setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu,
itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak
benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus
berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan."
2. DOA PENAWAR SIHIR DARI JAUH PADA MANGSA SIHIR.
Ustaz
Sarhan Shafie memberi dua doa untuk penawar sihir dari jauh. Doa ini
dibaca kepada ahli keluarga yang berada jauh yang dikhuatiri terkena
sihir. Boleh menawarkan sihir yang terkena padanya. Baca selepas solat.
DOA (1)
Waqadimna ila maAAamiloo min AAamalin fajaAAalnahu habaan manthoora
Maksudnya:
Maksudnya:
"Dan
Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari
jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang
sebagai debu yang berterbangan."
DOA (2)
Ya ayyuha annasuqad jaatkum mawAAithatun min rabbikum washifaonlima fee assudoori wahudan warahmatunlilmu/mineen
Maksudnya:
Maksudnya:
"Wahai
umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang
menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi
penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi
hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi
orang-orang yang beriman."
3. BENTENG DAN PENDINDING DIRI DARI SIHIR,SAKA,JIN DAN SANTAU.
Sebelum ini Ustaz Sharhan Shafie ada memberi satu doa yang pendek dari Surah AS Sufaat, ayat 7 (DISINI). Pada kali ini ustaz memberi satu doa dari Surah Hud, ayat 57. Doa ini juga pernah captain masukkan dalam N3 dahulu (SINI).
Sebaik-baiknya amalkan kedua-dua ayat tersebut selepas setiap kali
solat supaya benteng dan pendinding diri menjadi perisai yang kuat.
Mulakan bacaan pada "INNAROBBI"
inna rabbee AAala kullishay-in hafeeth
Maksudnya:
"Jika
kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa
(amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku
akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak
dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu."
Wasallam.
Sumber Ilmu: USTAZ SHARHAN SHAFIE