السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Solat Istisqa' dilakukan supaya Allah SWT menurunkan hujan dan menghilangkan kemarau yang panjang. Ia biasanya dilakukan ketika mengalami kemarau yang panjang di mana tanaman dan binatang ternakan boleh mati kebuluran. Manusia sendiri mengalami kepayahan yang amat sangat kerana air yang terbatas.
Solat Istisqa' dilakukan supaya Allah SWT menurunkan hujan dan menghilangkan kemarau yang panjang. Ia biasanya dilakukan ketika mengalami kemarau yang panjang di mana tanaman dan binatang ternakan boleh mati kebuluran. Manusia sendiri mengalami kepayahan yang amat sangat kerana air yang terbatas.
Tindakan yang perlu dilakukan ialah :
1. Puasa selama tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.
2.
Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian
sederhana menuju ke tanah lapang. Binatang ternakan juga perlu dibawa
bersama.
3.
Solat Sunat Istisqa' sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah
membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan
suara nyaring. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka
Hadithul Ghasyiah.
4.
Khatib membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan
membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7
kali istighfar.
NIATNYA:
أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.
DOA SOLAT ISTISTIQA’
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ. لَا
إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ اللَّهُمَّ أَنْتَ اللَّهُ
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْغَنِيُّ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ أَنْزِلْ
عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ لَنَا قُوَّةً وَبَلَاغًا إِلَى حِينٍ
“Segala
puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat
menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan
selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah
kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi
bekal sampai beberapa lama. Riwayat Abu Daud.
اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا
Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami” Riwayat Muslim
اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ
“Ya
Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik
kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi
mudharat segera tidak berlambat-lambat” Riwayat Abu Daud.
اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهِيمَتَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ
“Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati” Riwayat Malik dan Abu Daud.
Wasallam.