Bagi
memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan
melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam)
atau 6 rakaat (3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu
Maghrib.
Fadhilat Solat Awwabin
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ
يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ
ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.
Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut:
Selamat
datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua
malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku
bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku
bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa
syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi
bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi,
Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu
penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah
dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya
timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku
dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.
Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin
a) Pada dua rakaat yang pertama
أصَلِّي سُنَّةَ حِفْظِ الِإيْمَانِ مَعَ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
(Sahaja Aku solat sunat Awwabinn serta memelihara iman, 2 rakaat kerana Allah Taala)
Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat:
1. Surah al-Qadr - 1 kali
2. Surah al-Ikhlas - 6 kali
3. Surah al-Falaq - 1 kali
4. Surah al-Naas - 1 kali
selepas itu beri salam, baca doa ini.
اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ إِيْمَانِي فِي حَيَاتِي وَعِنْدَ مَمَاتِي
وَبَعْدَ مَمَاتِي، فَاحْفَظْهُ عَلَيَّ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِير
Ya
Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka
imanku itu, semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
b) Pada dua rakaat yang kedua
أصَلِّي سُنَّةَ َ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Selepas
membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun
dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
c) Pada dua rakaat yang ketiga
أصَلِّي سُنَّةَ الأَوَّابِينَ مَعَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
(Sahaja aku solat sunat awwabin serta Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala)
Selepas
membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun
dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
Wasallam.