CARA UNTUK MENJAUHKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN




Cara ini telah diajar oleh seorang sahabatku semasa aku membeli sebuah kereta baru yang pertama dahulu. Katanya kenderaan yang kita bawa hari-hari untuk mencari rezeki dan membawa keluarga perlu dibersihkan dan didoakan agar ia selamat dinaiki. Jauhkan dari kemalangan dan untuk mengelakkan ditumpang oleh penumpang yang tak diingini ketika memandu seorang diri di waktu tengah malam. 

Sila lakukan seperti berikut:-
  • Sediakan air dalam satu bekas.
  • Setelah sediakan air, bacalah Surah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali. Setiap 3 kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam air.
  • Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, siramkan air itu ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:- 
  • Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan. 
  • Dari depan ke kiri. 
  • Dari kiri ke belakang. 
  • Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.

Apabila anda telah lakukan seperti yang di tunjukan di atas. Anda berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT mohon keselamatan semasa memandu. 

Perhatian: 

Bacalah Doa Menaiki Kenderaan apabila memulakan sesuatu perjalanan. 

Perkara yang di sebutkan di atas hanya perlu dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.

Jika anda mematuhi peraturan dan had laju yang betul dan tidak melanggar undang-undang, insha Allah anda selamat.

Sekian wasallam
Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment