Saturday, August 6, 2016

AYAT-AYAT DARI SURAH INI JIKA DIBACA DAPAT MENGHALANG SYAITAN DARI MEMASUKI RUMAH ANDA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebuah Hadis riwayat daripada Muaz bin Jabal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberikan tamar sedekah kepadanya untuk dijaga. Tamar yang diletakkan dalam sebuah bilik itu didapati semakin berkurangan setiap hari. 

Lalu ia mengadu kepada baginda. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa itu adalah perbuatan syaitan Ialu menyuruhnya menunggu. Pada waktu malam datanglah satu lembaga menyerupai gajah. 

Apabila tiba ke pintu, lembaga itu masuk melalui celah-celah pintu setelah bertukar daripada rupa asalnya. Apabila ditangkap dan diberi amaran untuk dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w., lembaga itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. 

Pada keesokan harinya apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w. apakah yang telah dilakukan olehnya terhadap orang tawanannya itu, Muaz berkata bahawa lembaga itu telah dilepaskan setelah ia berjianii tidak akan datang lagi. Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa lembaga itu akan datang lagi dan menyuruh Muaz menunggu.

Pada malam yang kedua Muaz telah menunggunya dan menangkap lembaga tadi tetapi melepaskannya apabila in merayu dan berjanji tidak akan datang lagi.

Pada malam ketiga lembaga tadi datang lagi Ialu ditangkap. Akhirnya ia dilepaskan oleh Muaz setelah memberitahu kegunaan dua ayat AI-Quran, iaitu ayat al-Kursi dan ayat di akhir surah al-Baqarah (Aamanarrasul). Jika ayat-ayat ini dibaca dalam sebuah rumah, syaitan tidak akan datang ke rumah tersebut. Ayat kedua yang dimaksudkan ialah Surah al-Baqarah ayat 285.


Maksudnya:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia , Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya  mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah menghendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).


Maksudnya:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata ): “kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi : “Kami dengar dan kami ta'at . (kami pohonkan) keampunan Mu wahai Tuhan kami, dan kepada Mu jualah tempat kembali”.(Surah Al-Baqarah: Ayat 285)

Wasallam.

No comments:

Post a Comment