Wednesday, July 20, 2016

DOA PENGASIH



Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir. 

Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.

Banyak ilmu-ilmu pengasih diantara ilmu pengasih yang terbaik ialah Doa  Pengasih Nabi Yusuf. Untuk mengetahuan Doa Pengasih ini amat kuat sekali jika di amalkan selalu selain ianya boleh membuat individu-individu yang berdepan dengan orang yang selalu mengamal doa ini akan rasa kasihan dan amat sayang kepada orang tersebut.

Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.


DOWNLOAD MP3 DOA -KLIK SINI


Ith qala yoosufu li-abeehi yaabati innee raaytu ahada AAashara kawkaban washshamsawalqamara raaytuhum lee sajideen

Maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". 

DOWNLOAD MP3 DOA -KLIK SINI

doa pengasih
Subhana allathee khalaqaal-azwaja kullaha mimma tunbitu al-arduwamin anfusihim wamimma la yaAAlamoon

Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". 

Cara-caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembuskan perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. Atau bacakan pada tapak tangan dan disapukan pada muka sebanyak 3 kali.

Wasallam


No comments:

Post a Comment