Wednesday, June 15, 2016

WUDHUK YANG SEMPURNA SERTA DOA-DOANYA.


Setiap wudhuk yang disertakan dengan doa-doa adalah wudhuk yang paling sempurna seperti kehendak beberapa hadith Rasulullah SAW yang menjanjikan darjat serta kelebihan disisi Allah SWT.

Diantaranya ialah riwayat yang shahih yang bermaksud:
"Sesiapa yang berwudhuk serta memperelokkan wudhuknya maka gugurlah semua dosanya dari anggota wudhuk itu"
Memperelokkan wudhuknya bererti menyempurnakan rukun-rukunnya dan memeliharakan sunnah-sunnah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu haruslah kita jangan memperkecilkan perkara-perkara sunnah itu dengan berkata iannya hanyalah sunat sahaja, kita rasakan!. Alangkah ruginya kita jika kita beranggapan sedemikian.

Jika kita rasa terlalu sukar untuk beramal sedemikian, elok lakukan secara sedikit demi sedikit untuk melatihkan membaca doa-doa tersebut. Pada minggu pertama, latihkan membaca doa membasuh muka, Pada minggu kedua, latihkan membaca doa membasuh tangan dan sehingga minggu seterusnya habiskan doa-doa yang akan diterangkan nanti. InsyaAllah setiap minggu satu doa dibaca dan akhirnya lengkaplah bacaan doa-doa ketika mengambil wudhuk. Perpatah melayu berkata "Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan".

Sunat-Sunat Wuduk

Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
  1. Membaca "Bismillah".
  2. Membasuh kedua tangan hingga kepergelangannya.
  3. Bersugi atau mengosok gigi.
  4. Berkumur serta menghisap air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya.
  5. Menyelati anak-anak jari kaki dan tangan serta janggut yang tebal sehingga rata.
  6. Menyapu air pada bahagian kepala.
  7. Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri.
  8. Mengulang tiga kali setiap basuhan pada tiap-tiap anggota wudhuk..
  9. Mengadap kiblat dan membaca doa selepas wuduk. 


DOA SELEPAS WUDUK



   10. Doa-doa Ketika Mengangkat Wudhuk.
     
        a. Bacala "Bismillah".

        b. Doa lindung dari Syatan.

DOA LINDUNGI DARI SYAITAN


DOA-DOA KETIKA MENGANGKAT WUDHUK

a.Ketika Hendak Basuh Tangan:


b.Ketika Hendak Berkumur:


c.Ketika Menghisap Air Ke Dalam Lubang Hidung.

Ertinya: "Ya Allah ya TuhanKu! Adakanlah untukku bau syurga dan Engkau redha padaku.

d. Ketika Mengeluarkan Air Dari Lubang Hidung.


e. Ketika Basuh Muka.


f. Ketika Basuh Tangan Kanan.


g. Ketiga Basuh Tangan Kiri.


h. Ketika Basuh Kepala.


i. Ketika Basuh Telinga.


j. Ketika Basuh Kaki Kanan.


k. Ketika Basuh Kaki Kiri.


Mengenai Membasuh Leher

Sesudah menyapu kedua-dua telinga, ada orang yang suka pula menyapu lehernya dengan air yang baru memandangkan Hadiths Nabi Muhammad SAW yang sabdanya:
"Menyapu leher adalah mennyelamatkan daripada rantai neraka pada hari kiamat".
Hal ini diriwayatkan oleh Abu Mansur Ad-Dailami dari Umar (Hadith Dhaif). Demikian seperti diterangkan dalam Kitab Ihya' Ulumiddin Imam Al-Ghazali r.a

Sesiapa yang ingin melakukan, eloklah semasa menyapu leher itu membaca sedikit doa yang biasa diamalkan:


Moga-moga para pembaca dapat memulakan wudhuk yang sempurna ini. Dipermudahkan menghafal dan mengingatkan terjemahan doa-doanya sekali.

Sekian, Wasallam.

No comments:

Post a Comment