السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Masalah yang dihadapi oleh mereka yang jiwanya kosong boleh membawa kepada kekufuran. Yang dikerjakan dan diusahakannya hanyalah mengumpul harta dan hidup mewah. Apabila lupa itu dibiar berlarutan tanpa cuba diatasi, ia akan membawa kepada kufur akan nikmat Allah, lalu ia akan lupa diri, hilang kebahagiaan atau mudah sakit jiwa (GILA).
Apabila
jiwa kosong dari iman, lalu ia terjun ke dalam perjuangan hidup untuk
memiliki kekuasaan dan ia gagal, maka mudah saja ia terkena gangguan
jiwa dan menjadi gila. Seorang Muslim yang tidak memiliki iman yang
kuat, mudah terkena penyakit itu. Dalam kesibukan kita lupa kepada Allah SWT lalu Allah SWT pun melupakan kita.
Jika
hasratnya tidak tercapai maka ada yang mengambil jalan pintas dengan
menamatkan riwayat, bunuh diri. Mereka yang bunuh diri adalah diantara
imannya kurang kerana jiwa mereka itu kosong.
Apakah jenis-jenis penyakit jiwa?
Terdapat
beberapa jenis penyakit jiwa dengan kelangsungan masing-masing. Ada
yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan
sepanjang hayat.
1. Kegelisahan (Neurosis)
Rasa
mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur,
merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala
badan yang lain.
2. Penyakit kepiluan (Depression)
Kadangkala
kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa
lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan
mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami
kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang
disayangi).
Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.
3. Psikosis
Ini
merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku
jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes
ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam
alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin
mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar
suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak
menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin
mencari bantuan secara persendirian.
Jika
terasa diri sudah malas dan segan nak bersolat dan mula meringankankan
solat serta susah hati diatas sesuatu perkara yang menggangu fikiran bacalah
doa-doa ini selalu. Semuga jiwa menjadi tenang semula dan diberi
ketenangan dalam mengharungi kehidupan ini yang penuh cabaran. Kaya
harta tetapi jiwa kosong tiada gunanya.
Dua
doa inilah sebahagian dari doa yang selalu dibaca selepas solat. Yang
belum membaca lagi doa ini jadikan amalan selepas solat.
1. Doa Rahmat Dan Petunjuk Allah.
"RABBANAA AATINAA MIN LADUNKA RAHMATAN WAHAYYI' LANAA MIN AMRINAA RASYADAA"
Maksudnya:
"Wahai
Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah
kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama
kami." (Surah Al-Kahfi: Ayat 10)
2. Doa pagi dan petang.
Rasulullah
SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi
mengatasi masalah jiwa, antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud,
daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu:
“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal
Maksudnya:
"Ya
Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku
berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung
kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu
dari beban hutang dan penindasan orang”.
Wasallam.
nota:
Kepada
yang selalu komen negatif tentang blog ini, elok juga amalkan doa-doa
ini supaya jiwa kosong itu tidak dipenuhi hasad dengki serta hati dan
jiwa yang sakit. Semuga diberi hidayah dan banyak beristighfar.
No comments:
Post a Comment