السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kenangan
pahit yang lalu itu sukar dilupai. Putus tunang, ditinggalkan kekasih,
diceraikan suami atau telah bercerai, trauma atau pernah hidup susah
menghantui jiwa boleh menganggu kehidupan seterusnya wajar dielakkan.
Ada yang murung dan hilang pertimbangan. Ingin membalas dendam kerana
sesuatu selepas kegagalan patut dijauhkan. Apa yang sudah lalu, jadikan
iktibar dan kuatkan semangat juang yang baru kerana hidup ini bukan
lama. Hidup ini hanya untuk Allah SWT semata-matanya. Anggaplah itu
sebagai ujian-Nya.
Bagi
yang sukar melupakan, banyak-banyaklah membaca doa ini. Berdoalah
supaya dapat melupakan perkara yang buruk itu dan diberikan
pertunjuk-Nya supaya kita tidak mudah putus asa dalam mengharungi
kehidupan yang singkat ini.
Bagi
ibubapa yang anaknya murung, shalawat sekali atau tiga dan baca doa
ini. Tiupkan pada air dan beri pada anak gadis anda supaya dapat
menghilangkan kemurungan/kesedihan itu.
(Niat dalam hati: Contoh, Ya
Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Engkau berilah kekuatan untukku melupakan
..................... Sesungguhnya aku hanya mahukan redha-Mu ya Allah.
Kembalikan kekuatan dan semangatku yang lemah ini supaya aku dapat
berfikir dengan waras dan tenang. Hilangkan kekusutan dalam fikiranku
ini Ya Allah. Amin.
InsyaAllah hanya kepada-Nya kita berserah.
DOWNLOAD DOA MP3 - KLIK LINK
Maksudnya:
Allah
menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa
jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala
suratan".
Wasallam.