Wednesday, June 29, 2016

DOA UNTUK ELAK KEGUGURAN BAYI DARI KANDUNGAN




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Surah Al-Hij'r 

Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.



(97) Walaqad naAAlamu annaka yadeequ sadrukabima yaqooloon

(98) Fasabbih bihamdi rabbika wakunmina assajideen

(99) WaAAbud rabbaka hattaya/tiyaka alyaqeen


Terjemahannya:

Ayat 97
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.


Cara-cara Bacaan.

Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. Insha Allah usaha anda diberkatiNya.

Jazakallahu khairan.

No comments:

Post a Comment