السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Atas permintaan seorang pembaca untuk anaknya yang selalu demam panas. Demam panas adalah biasa bagi kanak-kanak tapi luarbiasa bagi yang dewasa pula. Jika tidak dikurangkan panas yang melampau itu. Kesan keatas kanak-kanak sangat serius dimana ia akan menganggu bahagian otak dan boleh mengakibatkan kanak-kanak itu mendapat sawan (Epilepsy), kerosakan otak dan terencat akal. Siapa mahu anak-anak jadi begini. Bila kanak-kanak sudah kena sawan, kadang-kadang ia boleh membahayakan dirinya bila bermain seorang diri. Penyakit sawan jika tidak dirawat semasa kecil, ia akan dihidapi sampai ke dewasa nanti.

Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.
Rawatan jika anak demam panas melampau.
Langkah 1.
Sebelum itu bawa anak ke klinik yang berdekatan atau tampal dahulu
dengan "coolfever". Jika tidak "jelum" kepalanya dengan tuala yang
direndam dengan air. Air itu dimasuk sedikit asam jawa. Jelum sampai
hilang panas dikepala.
Langkah 2. Bacakan doa-doa berikut:
1. Al-Fatihah (1x).
2. Ayat Kursi (1x).
3. Doa Demam Panas (3x). Dibaca pada air kosong dan diberi minum.
Maksudnya:
"Dengan
nama Allah Yang Maha Besar, aku memohon perlindungan dengan Allah Yang
Maha Agung daripada kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api"
Wasallam.