Thursday, June 9, 2016

DOA PERANSANG UNTUK SELERA MAKAN



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selera untuk makan adalah satu nikmat kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya dan janganlah nikmat ini ditarik oleh-Nya. Dikalangan orang-orang tua yang sakit terbaring di katil kerana sakit eloklah digunakan doa ini supaya dapat kembalikan selera makannya. 

Antaranya masalah-masalah yang biasa ditemui diklinik kanak-kank ialah masalah kanak-kanak yang tidak mahu makan. Ibu bapa sering mengeluh anak mereka tidak mahu makan. Antara keluhan-keluhan yang biasa didengari ialah:

"Anak saya tidak mahu makan. Susah hendak menyuruh dia makan dan dia pula sangat memilih orangnya."

"Walaupun puas dipujuk, dirayu dan dihidangkan dengan berbagai-bagai jenis makanan, dia tetap tidak mahu makan.  

Berbagai-bagai keluhan lagi yang didengari. Ibu bapa sering berasa risau terhadap keadaan anak mereka dan ingin tahu sama ada si anak menghidap sesuatu penyakit yang perlukan rawatan segera doktor.

Kepada pembaca yang suatu hari nanti akan berkahwin dan mempunyai anak-anak elok simpan doa ini. Yang belum berkahwin tentu tidak tahu bagaimana rasanya perasaan seorang ibu apabila anak kesayangannya tidak berselera untuk makan makanan yang dihidang itu.

Cara-caranya:

Dibaca pada air kosong sebanyak 11 kali. Beri minum selepas itu kepada ibu atau ayah yang sakit itu jika tiada selera nak makan. Begitu juga kepada ibu yang anaknya kurang selera nak makan selepas demam. Sebelum membaca doa ini, mulakan dengan shalawat nabi sebanyak 10 kali, Al-fatihah sekali dan doa peransang selera sebanyak 11 kali.


Maksudnya:

31. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. 32. (Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! (Surah Fushshilat: Ayat 31 dan 32)

Wasallam.