Saturday, June 11, 2016

DOA MEMOHON DIRI DIJAUHKAN DARI AZAB


Azab Allah SWT di dunia ini tidak seorang pun sanggup menghadapinya inikan pula azab di alam kubur dan seterunya di hari akhirat kelak. Sebagai seorang hamba Allah yang banyak berbuat dosa. Segeralah bertaubat, takutlah azab Allah itu. Dalam Surah Ali Imran, Ayat 56 yang maksudnya:

"Bagi orang-orang yang tidak percaya, Aku akan mengazabkan mereka dengan azab yang keras di dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong-penolong."

Berdasarkan dari surah itu di dunia pun Allah SWT akan mengazab hambaNya yang melakukan kemungkaran. Marilah kita selalu bermohon kepadaNya supaya dijauhkan azab di dunia mahupun di akhirat. Biarlah kehidupan ini berlangsung dengan kesejahteraan dan kebahagiaan supaya kita dapat beribadat kepadaNya.

DOA MEMOHON DIRI DIJAUHKAN DARI AZAB



Maksudnya:

"Wahai Tuhan Yang Hidup selamanya, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak berkehendak kepada sesiapapun) wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, tiada Tuhan kecuali Engkau, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, aku memohon supaya dihindari dari azab-Mu, janganlah Engkau serahkan diriku ini kepada orang dari makhluk-Mu, sekejap mata jua pun, dan perbaiki segala urusanku."

Sebelum membaca kisah gadis yang terlampau. Baca kisah ini dahulu. Pada tahun 1990an dahulu. Penulis pernah melawat seorang ibu di Kampong Nagalilit berdekatan Padang Serai, Kedah. Kisah seorang ibu ini pernah mendapat liputan luas di TV3 suatu ketika dahulu. Mungkin ada yang sudah lupa kisah api yang turun dari langit dan menembusi bumbung atap rumah keluarga tersebut serta membakar gambar-gambar artis yang mendedahkan aurat didinding rumah itu. Si ibu itu juga terbakar sedikit dibahagian rambut. Memang ramai yang datang dari merata ceruk untuk melihat kesan lubang di atap yang sebesar bola tennis.

Di ceritakan oleh anak lelakinya, bahawa kejadian itu berlaku sejurus beliau menasihat ibunya itu supaya berhenti main nombor ekor "black market" dan lakukan solat zohor. Lantas kata ibunya berkata, "jika api dari langit turun kepadanya barulah dia akan bertaubat". Selesai sahaja ibunya bercakap, segumpal api pun turun menembusi bumbung atap rumahnya dan mengejar beliau. Itulah kisah lebihkurang yang terjadi pada ketika itu.

Dari sejak kejadian itu, ibunya sudah bertaubat dan tidak pernah tinggal solat .Semasa penulis berada di rumah itu. Masuk sahaja waktu zohor. Si ibu itu yang sudah siap bertelekung terus berjemaah bersama-sama pelawat yang ada. Wallahualam.

KISAH SI GADIS TERLAMPAU MENERIMA AZAB

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.

“Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

“Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri…. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Sumber kisah gadis dari: http://ibnismail.wordpress.com

Wasallam.