السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam takziah buat Wardina Saffiyah sekeluarga di atas musibah yang menimpanya di mana rumahnya di rompak dua hari yang lepas, lima laptop di curi. Suaminya pula dipukul dengan pemutar skrew. Difahamkan perompak naik angin dan marah setelah tiada barang-barang kemas dijumpai. Tiga lelaki bertopeng bersenjatakan tongkat dan parang memecah masuk rumah Wardina.
Salam takziah buat Wardina Saffiyah sekeluarga di atas musibah yang menimpanya di mana rumahnya di rompak dua hari yang lepas, lima laptop di curi. Suaminya pula dipukul dengan pemutar skrew. Difahamkan perompak naik angin dan marah setelah tiada barang-barang kemas dijumpai. Tiga lelaki bertopeng bersenjatakan tongkat dan parang memecah masuk rumah Wardina.
Dan
tiga minggu yang lepas semasa cuti sekolah. Kejadian merompak juga
berlaku hanya dibelakng rumah captain yang hanya jaraknya tak sampai 30
meter. Perompak berbangsa India yang seramai empat orang bertopeng
memasuki rumah India jam 3.00 pagi dan menetak suaminya di bahu dan
tangan serta melarikan beberapa barang kemas.
Captain
yang tinggal di kuarters rumah guru jenis "Semi-D" yang memang tidak
berpagar dan rumah keluarga India dibelakang rumah captain itu adalah
taman perumahan yang baru siap di duduki lebih kurang tiga bulan yang
lalu. Syukur Alhamdulillah Allah SWT telah memelihara keluarga captain
kerana perompak itu memang lalu betul-betul dibelakang rumah captain.
Lalu memotong pagar besi rumah India itu kerana bahagian hadapan rumah
india telah dibina pagar yang tinggi dan susah dimasuki pencuri.
DOA PAGAR KAWASAN RUMAH
Cara-caranya:
1.
Hendaklah diamalkan sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardhu
atau sekurang-kurangnya 3 kali selama 7 hari berturut-turut.
2.
Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah
sebanyak 7 kali setiap penjuru dan mengadap kiblat. Bagi rumah flat,
baca dalam rumah ditiap-tiap penjuru. InsyaAllah dipelihara-Nya.
Ayat
ini jika diamalkan selalu dapat mengelakkan bencana, gangguan sihir
yang dihantar ke rumah dan mengelak dari niat jahat perompak.
Maksudnya:
8. Sesungguhnya
Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran
sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher
mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu
menjadilah mereka terdongak. 9. Dan
Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan
pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang
kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka
dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada)
di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka;
maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Surah Yasiin: Ayat 8 dan 9)
DOA KESELAMATAN DIJAUHKAN DARI PEROMPAK
Baca
doa ini selalu selepas solat mohon dijauhkan dari sebarang musibah
seperti perompak dan sebarang perkara buruk berlaku pada ahli keluarga.
Maksudnya:
"Kemudian
apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas
bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan)
berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami
daripada orang-orang yang zalim." (Surah Al Mukminun: Ayat 28)
Wasallam.