السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Waktu
malam adalah waktu untuk tidur dengan mata terpejam kerana berehat.
Sebaik-baiknya sepanjang masa tidur itu mohon dijauhkan dari perkara
yang tidak diingini seperti gangguan jin, pecah rumah dan dimasuki
pencuri, dikenakan ilmu pengasih, sihir tuju-tuju dan yang paling teruk
ada yang dikelar oleh penyamun semasa tidur.
Ada yang dipukau satu keluarga dan tuan rumah diikat, dipukul dan ditetak dengan parang. Yang paling menyedihkan anak perempuan dirogol dan dicabul. Sungguh menakutkan apabila kejadian yang tidak diingin berlaku dalam rumah sendiri.
Pagarlah rumah anda. DOA PAGAR RUMAH (DISINI) (DISINI). Untuk pagar diri dan pendinding banyak doa dalam blog ini dan carilah. Berusahalah dengan berdoa dan membaca surah-surah supaya dipelihara dan dilindungi Allah SWT. Moga-moga selamatlah keluarga, anak-anak dan harta kita dari penjahat-penjahat yang dilaknati Allah SWT.

Daripada Al-Barra’ b. A’zib berkata sabda Nabi SAW:
Apabila kamu ingin masuk tidur maka hendaklah kamu berwuduk sebagaimana kamu hendak solat kemudian baringlah dengan mengiring pada sebelah bahu kanan dan bacalah doa ini:
Ertinya:
Ya Allah Ya Tuhanku..aku serahkan akan diriku kepada Engkau,begitu juga perkara atau pekerjaanku, dan aku naungkan belakangku ke bawah naungan rahmatMu semata-mata kerana aku gemar dan sangat inginkan kepada keredhaanMu,dan tiadalah tempat bernaung atau tempat berserah melainkan kepada Engkau. Ya Tuhanku, aku beriman dengan Al-Quran yang Engkau turunkan dari langit dan aku beriman dengan Nabi yang Engkau bangkitkan menjadi rasul. (Hadis sahih riwayat Imam Bukhori dan Muslim)

InsyaAllah segala perbuatan dan niat jahat manusia keatas keluarga anda, harta dan anak-anak akan digagalkan oleh Allah SWT.
Jika
susah membaca, lekatkan doa ini didalam bilik anda supaya senang dibaca
nanti. Sebelum tidur bacalah Ayatul kursi atau Basmallah sebanyak 21
kali (DISINI).
Nabi saw. bersabda,
"Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)
Sekian Wasallam.