السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Terima
kasih kerana ramai pembaca yang telah menghantar email kepada penulis
sejak akhir-akhir ini sehingga tak sempat nak balas balik kesemuanya.
Ada yang bertanya apakah doa selain dari doa pengasih? Ayatul Mahabbah adalah doa tersebut.
Doa
ini meliputi keseluruhannya. Orang yang mengamalkan Ayatul Mahabbah
akan dikasehi dan disayangi oleh pasangan masing-masing, oleh
anak-anaknya, kaum kerabatnya, jiran-jiran tetangga. Jika ia seorang
majikan, orang bawahanya akan menyukainya dan jika ia seorang pekerja,
orang atasan akan menyukainya.
Ia
juga diamalkan supaya pasangan suami atau isteri menjadi pasangan yang
setia serta penyayang. Kasih sayang bertambah erat dan kukuh. Amalkan
setiap hari selepas menunaikan solat fardu lima waktu. Baca sebanyak
yang boleh. InsyaAllah.
Qul in kuntum tuhibboona AllahafattabiAAoonee yuhbibkumu Allahu wayaghfirlakum thunoobakum wallahu ghafoorun raheem
Maksudnya:
Maksudnya:
Katakanlah:
"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (Surah Ali Imran:Ayat 31)
Wasallam.
No comments:
Post a Comment