Influenza A (H1N1)
ABSTRAK
Pertubuhan
Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April
2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa
ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau
Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan
berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak.
Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan
keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika
Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29
orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan
dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia.
Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke
semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.
PENGENALAN
Demam
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan
(respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A
(H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja
dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah
berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula
dikesan sejak tahun 1988.
Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui
dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1).
Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada
mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak
dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah
dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke
manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad
dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?
Pada
akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1)
terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San
Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan
jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat
antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus
di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm.
Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases
control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang
bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).
Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC
telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak
dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum
diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom
Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan
simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan,
pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit
dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada
masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem
pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi
dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh
menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?
Virus
jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana
virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan
dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang
terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui
barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan
hidung mereka.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang
yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari
sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti
(sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum
mengetahui yang kita telah dijangkiti.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara
yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada
tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif,
menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba
mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak
hubungan dengan mereka yang sakit.
Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?
CDC
menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk
merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat
antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat
sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika
anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda
sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi
selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral
adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua
hari selepas simptom).
Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?
Mereka
yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus
selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit.
Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk
jangka masa yang lebih lama.
Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman
boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan
kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan
dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak
melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh
titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti
meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum
membasuh tangan mereka.
Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti
yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam
di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh
tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati
dari permukaan-permukaan ini.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat
masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema
babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu
menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti
demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan
anda:
•
Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau
batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas
menggunakannya.
•
Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas
batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
•
Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak
bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain
supaya mereka tidak dijangkiti.
Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.
Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh
tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman.
Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan
alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun.
Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau
pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat
dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel
itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya
tidak memerlukan air untuk berkesan.
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika
anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A
(H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk
demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan
cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda
risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada
sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.
Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.
Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti
demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A)
(H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius.
Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa
kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan
dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988,
seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke
hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal
dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di
Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu
kematian.
Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema
babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti
melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan
babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.
TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN
• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i.
Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan
Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A
(H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif
diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii.
Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes
yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau
‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California,
Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta
untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan
serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii.
Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu
masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke
negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada
selepas 17 April 2009.
iv.
Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus
Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah
kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.
•
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang
Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana
ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau
‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
•
Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana
Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh
menyebabkan kematian.
•
Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai
antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
•
Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah
berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak
ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk
AS.
•
Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak
Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui
talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman
web Kementerian http://www.moh.gov.my
Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1. Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC
2. Akhbar-akhbar Utama Tempatan
No comments:
Post a Comment