السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jika
ada saudara anda, isteri/suami dan anak yang hilang atau lari dari
rumah. Selepas melapor ke pihak berkuasa. Ikhtiarkan juga dengan berdoa
kepada Allah SWT semuga mereka selamat kembali ke sisi anda.
Cara Pertama,
- Baca surah Al thariq.
اللَّهُمَّ كَمَا رَدَدْتَ يُوسُفَ عَلَى أَبِيهِ رُدَّ عَلَيَّ ضَالَّتي
Allahumma kama radadta Yusufa ‘Ala Abihi Rudda ‘Alayya Dhallatiyy
Ya Allah sebagaimana Engkau kembalikan Yusuf kepada bapanya, Engkau kembalikan hartaku (niat panggil pulang dengan sebut nama dan bayangkan wajahnya) yang hilang.
Cara Kedua
- Lakukan solat hajat ditengah malam selama 3 atau 7 atau 21 malam..
- Selesai solat hajat hadiahkan Alfatihah kepada Baginda Rasulullah SAW, Syeikh Abdul
Qadir Al-Jailani, ibu bapa dan kepada orang yang hilang.
Qadir Al-Jailani, ibu bapa dan kepada orang yang hilang.
- Bacakan ayat ke 31 dari surah Ar Ra'd sebanyak 31 kali.
wajahnya yang hilang.
Walaw
anna qur-anan suyyirat bihialjibalu aw quttiAAat bihi al-ardu awkullima
bihi almawta bal lillahi al-amru jameeAAanafalam yay-asi allatheena
amanoo an law yashaoAllahu lahada annasa jameeAAan walayazalu allatheena
kafaroo tuseebuhum bimasanaAAoo qariAAatun aw tahullu qareeban
mindarihim hatta ya/tiya waAAdu Allahiinna Allaha la yukhlifu almeeAAad
Terjemahannya:
Dan
kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang
terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi
dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya
orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan
kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat.
(Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah),
bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang
beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia
memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka
semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab
kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta
benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat
yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka
gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan
azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
AMALAN LAIN YANG BOLEH DIIKHTIARKAN: KAIFIAT BACAAN SURAH YAASIN UNTUK MENGEMBALIKAN BARANG YANG HILANG
Semuga ikhtiar dari kalam Allah SWT adalah jalan yang terbaik. Semuga diizinkan-Nya.
Jazakallahu khairan.
.