Tuesday, April 20, 2010

DOA QUNUT NAZILAH



DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH
Daripada Anas bin Malik RA:
أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَدُوٍّ فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الْأَنْصَارِ كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ وَغَدَرُوا بِهِمْ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ
Mafhumnya: “Bahawa Bani Ri’lin, Zakwan, Usaiyah dan Bani Lahyan pernah meminta pertolongan dari Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh mereka. Maka baginda menghantar bantuan seramai 70 orang sahabat dari golongan Ansar. Kami menamakan mereka sebagai al-Qurra, mereka dahulunya mengedarkan makanan untuk orang-orang yang memerlukan pada siang hari dan banyak menunaikan solat pada malam hari. Sehinggalah mereka sampai di Bi’ri Ma’unah, tiba-tiba mereka di bunuh dan dikhanati oleh kabilah-kabilah berkenaan. Apabila berita itu sampai kepada Nabi SAW, baginda membaca qunut (Nazilah) selama sebulan dan berdoa dalam solat Subuh untuk dikenakan balasan ke atas jenayah dan pengkhianatan Bani Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan.” (HR al-Bukhari)
MAKSUDNYA
“Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami menuju, dan kami menyegerakan langkah, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu sangat pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir dan Ahli kitab yang menghalangi jalanMU.
Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrik, Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh agamaMu (Islam), Ya Allah binasakanlah kekufuran, toghut dan orang-orang yang zalim, Wahai tuhan sekelian alam.
Ya Allah kami jadikan Engkau dihadapan musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah cerai-beraikan kekuatan mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, selerakkanlah kalimah mereka, dan goncangkan kedudukan mereka, Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, wahai Tuhan Yang Maha Keras, wahai Tuhan Yang Maha Membalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.
Ya Allah, wahai Tuhan, yang menurunkan al-Kitab, wahai Tuhan yang menggerakkan awan, wahai Tuhan yang mengalahkan tentera al-Ahzab, kalahkanlah mereka (orang-orang kuffar) dan bantulah kami menghadapi mereka.
Ya Allah, selamatkanlah kaum muslimin di Palestin dan Rohingya, Ya Allah selamatkanlah kaum muslimin di semua tempat, Ya Allah selamatkanlah kaum-kaum yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah keraskan balasanMu ke atas orang-orang Yahudi Perampas dan Penjajah, Ya Allah kenakan ke atas mereka tahun-tahun keperitan seperti tahun-tahun keperitan pada zaman Nabi Yusuf. Ya Allah hancurkan Yahudi Zionis dan penyokong-penyokongnya, Ya Allah hancurkan Yahudi Zionis dan penyokong-penyokongnya, Ya Allah hancurkan Yahudi Zionis dan penyokong-penyokongnya.
Ya Allah bantulah saudara-saudara kami para pejuang di jalanMu, yang ditindas kerana agama yang mereka anuti di semua tempat. Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di Palestin dan di Rohingya, Ya Allah bantulah mereka, Ya Allah bantulah mereka berdepan dengan musuhMu dan musuh mereka, Ya Allah satukanlah kalimah mereka, dan saf-saf mereka, wahai Tuhan sekelian alam, Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihani kami, sudah pasti kami akan tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi."
3.PANDUAN QUNUT NAZILAH
1.Boleh melakukan Qunut Nazilah dalam semua solat Fardhu seperti yang telah thabit di dalam hadis Sahih al-Bukhari. Qunut Nazilah dalam solat ‘Asar pula thabit dari hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dengan sanad yang Jayyid.
2.Kebanyakan Qunut Nazilah yang baginda lakukan adalah dalam solat Subuh, kemudian Maghrib, kemudian ‘Isyak, kemudian Zohor, kemudian ‘Asar. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah:“Disyariatkan Qunut ketika ditimpa bencana, mendoakan kebaikan untuk umat Islam dan balasan ke atas orang-orang kafir, dalam solat Subuh dan solat-solat Fardhu yang lain. Demikianlah seperti yang dilakukan oleh ‘Omar bin al-Khattab yang melakukan Qunut Nazilah ketika berlaku bencana iaitulah ketika memerangi Nasara dengan doanya: “Ya Allah kenakanlah laknatMu ke atas orang-orang kufur dari kalangan Ahli Kitab.” (Majmu’ al-Fatawa: 22/270)
 3.Qunut Nazilah dilakukan dalam rakaat yang terakhir, selepas Ruku’.
 4.Digalakkan supaya tidak memanjangkan Qunut Nazilah. Berdasarkan hadis Anas ketika beliau ditanya: “Apakah baginda SAW melakukan Qunut Nazilah dalam solat Subuh?” beliau menjawab: “Ya, selepas rukuk dengan ringkas.” (HR Muslim)
 5.Qunut Nazilah dilakukan ketika berlaku bencana dan ditinggalkan setelah bencana hilang. Berdasarkan hadis dari Abu Hurairah RA di dalam Sahih Muslim. Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata:“Hanyasanya baginda berqunut ketika berlaku musibah untuk berdoa meminta kebaikan kepada kaum muslimin yang ditimpa musibah, dan memohon dikenakan balasan ke atas kaum yang zalim. Kemudian baginda meninggalkannya apabila mereka yang baginda doakan telah pulang dan bebas dari tawanan, mereka yang baginda mohon dikenakan balasan pula memeluk Islam dan datang kepada Nabi SAW dalam keadaan bertaubat. Dan qunut yang baginda baca disebabkan ada perkara yang mendatang, apabila perkara itu tiada lagi baginda meninggalkan bacaan qunut.” (Ibn al-Qayyim dalam Zaad al-Ma’ad: 1/272)
 6.Tidak terdapat sighah khusus untuk qunut nazilah. Sighah yang dilampirkan adalah sebagai cadangan dan panduan sahaja.
 7.Sunat di”Jahar”kan bacaan qunut berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya. Sunat juga dijaharkan dalam semua solat, termasuk solat yang Sirr. (al-Nawawi di dalam al-Majmu’:3/482)
 8.Sunat makmum mengaminkan doa qunut nazilah oleh Imam berdasarkan hadis dari Ibn ‘Abbas RA yang berkata: “…baginda memohon dikenakan balasan ke atas beberapa perkampungan dari Bani Sulaim, ke atas Ri’lin, Zakwan dan ‘Usaiyah, dan doa baginda diaminkan oleh sahabat yang berada di belakang baginda.” (HR Ahmad dan Abu Daud dengan Sanad yang Jayyid)
 9.Sunat mengangkat tangan ketika berqunut nazilah, berdasarkan hadis dari Anas RA yang berkata:

مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَدَ عَلَى شَيْءٍ قَطُّ وَجْدَهُ عَلَيْهِمْ ـ يعني القرَّاء ـ فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الْغَدَاةِ رَفَعَ يَدَيْهِ فَدَعَا عَلَيْهِمْ
Mafhumnya: “Saya tidak pernah melihat Rasulullah sedih terhadap sesuatu berbanding kesedihan baginda ke atas al-Qurra. Sesungguhnya daku melihat Rasulullah SAW di dalam solat Subuh mengangkat dua tangan baginda meminta dikenakan balasan ke atas golongan yang kianat.” (HR Ahmad dengan Sanad yang Sahih)
Al-Nawawi berkata: “Diriwayatkan hadis ini oleh al-Baihaqi dengan sanad baginya Sahih atau Hasan” (al-Majmu’: 3/479)
Daripada Abi Rafi’ katanya: “Daku pernah solat bersama dengan ‘Omar bin al-Khattab RA, beliau pernah berqunut selepas dari rukuk, beliau mengangkat tangan dan menjaharkan doa.” (Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan katanya: Riwayat ini dari Omar adalah Sahih.” (Sunan al-Baihaqi: 2/212)
10.Tidak dianjurkan menyapu muka selepas qunut nazilah.
11.Makmum hendaklah mengikut imam. Jika imam berqunut nazilah maka mereka berqunut jika imam tidak berqunut, maka mereka tidak perlu membaca qunut nazilah.

Wallahu a’lam.